Ads

Sabtu, 10 Julai 2021

Vaksinasi diriku dan Mr Hubby❤️

 Baru-baru ni, 7 Julai 2021 suami sis yang sedang bercuti sibuk suruh sis bersiap- siap. Masa tu baru pukul 11 pagi. Baru habis bagi tugasan PDPR kepada murid2 sis. Suami sis kata dah jom kita pi vaksin. What?? Soal sis. Rupanya suami sis dah masukkan nama kitaorang dalam backup list. Sebab isteri sahabat dia nurse. Dia yang masukkan nama kita orang dalam pending list tu. So siapa yang tidak dapat hadir ambil vaksin kitaoranglah yang ganti..begitulah ceritanya.. Kita orang ambil di Multimedia University Bukit Beruang. Sampai sana dah tentulah ramai orang. Tapi sebab diorang dah susun perjalanan tu secara sistematik. So tak lama lah tunggu.. Dalam 40 minit dan siap laki bini. Kitaorg dapat sinovac. Melalui pembacaan sis di internet banyak negara tak mahu vaksin yang di hasilkan dari negara China ni. Tapi Malaysia ambil kerana harganya yang murah. Keberkesanan dia hanya ALLAH yang menentukan. Kita usaha jer lah kan. Abah sis haritu dapat pfizer. Lebih ok. Hmm entahlah. Sis x kisah. Janji sudah ambil. Jalankan tanggungjawab kita sebagai warga prihatin. Dos kedua nanti pada 28 Julai nanti di tempat yang sama. Malam tu, bapa anak murid sis, seorang doktor pun  telefon sis offer sis untuk ambil vaksin jenama yang sama. Tapi sis beritahu dia dah ambillah. Dia pun ada offer cikgu2 yang lain. Di bawah kenangan gambar vaksin dos pertama.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam