Ads

Sabtu, 29 Mei 2021

Throwback Birthday & Wedding Annversary🎂🎉

Assalamualaikum dan selamat pagi warga maya...hari ni  29 Mei 2021 hingga13 Jun nanti bermulanya cuti persekolahan pertengahan tahun... Minggu hadapan, 1 Jun juga bermulanya ' total lockdown' di seluruh negara. Kerajaan mengambil langkah ini,  memandangkan peningkatan kes covid-19 yang menjadi2 skrg. Memang amat membimbangkan ya tak...hmm...
Hari ni sis cuma nak imbas kembali peristiwa beberapa hari lalu iaitu sambutan birthday anak dara sis Dina pada 25 Mei. Dah 13 tahun usianya...serta ulangtahun perkahwinan sis dan suami pada keesokkan harinya iaitu 26 Mei 2021 yang ke 20 tahun kali ini...hari tu tak sempat update memandangkan sis pun tak berapa sihat... Tak habis2 dengan gastriknya...
Doakan sis sihat ya...sahabat semua
Kek ulangtahun sis 26 Mei 2001- 26 Mei 2021


Ni masa sambutan kecil2an hari lahir Dina.

Happy birthday kakak.

Kek birthday kakak Nur Syaza Irdina bt Hashim

Ni si adik dgn hadiah hari lahirnya...nak beli untuk kakak jer...tapi tak sampai hati pulak walhal birthdaynya 20 Julai nanti...hehehe

Suka dapat hadiah sekali🤭

Ni untuk Si Zara

Ni hadiah untuk kakak Dina...

Jumaat, 28 Mei 2021

APC 2020

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...buat warga maya yang singgah di blog sis ni... Apa khabar semua? Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan dilindungi daripada wabak penyakit oleh ALLAH SWT... Semalam sis diminta  oleh Guru Besar sis melalui panggilan telefon untuk hadir ke sekolah  mengambil surat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2020...Ya ALLAH... sis amat terkejuttt...Guru besar sis ni pun x mengenali lagi siapa sis......susah dia nak.menyebut nama sis yang panjang berjela tu...memandangkan beliau baru bertukar ke sekolah sis ni...Sis adalah salah seorang daripada lima orang yang menerima APC  bagi tahun lepas. Alhamdulillah sis ucapkan...dah rezeki daripada ALLAH SWT...sis ucapkan ribuan terima kasih buat Guru Besar sebelum ini  dan pentadbir sekolah yang memberi kepercayaan kepada sis dan rakan2 untuk menerimanya... Ini adalah APC kedua buat sis...yang pertama dah lama amat sis terima dah iaitu pada tahun 2007 dan sis dapat di sekolah yg sama...apapun sis rasa bersyukur kerana dihargai. Sis akan terus menjalankan tanggungjawab sis dengan penuh keikhlaSan dan keazaman yang kuat untuk memastikan kemenjadian murid sis selaras dengan Program  Transformasi Sekolah TS25 yang  disarankan oleh KPM kepada hampir semua sekolah diseluruh negara kini. Sis pun sedang cuba berusaha memahami dengan lebih terperinci berkaitan program ini melalui pembacaan di internet.

Surat yang diterima semalam. Alhamdulillah
Ini pihak sekolah sediakan...tq






Isnin, 24 Mei 2021

Aktiviti Menggambar - Teknik Resis

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga maya. Semoga dalam keadaan sihat walafiat. Hari ini, sis buat  aktiviti Seni Visual untuk anak murid sis. Hari ini aktiviti menggambar dengan menggunakan teknik resis. Apa itu resis? DEFINISI RESIS Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Apakah media yang digunakan? Bagaimana menghasilkannya? Cuba lihat di bawah.

 Bahan-bahan dan alatan:
Kertas lukisan (separuh sahaja)
Warna air Buncho
Warna krayon Buncho
Berus lukisan dan span
Palet
Pensel 2B
Air untuk bancuhan warna secukupnya
         Mula- mula sediakan bahan yang diperlukan

Buat lakaran buah epal dan oren di atas kertas lukisan.

        
      Tindihkan lakaran dengan warnaan krayon.

 Bancuh warna air hitam@ warna gelap dengan air secukupnya.

 Sapukan di atas permukaan kertas lukisan tadi. Kita akan nampak dengan jelas bagaimana warna krayon@ lilin menolak warna basah atau sebaliknya.














Sabtu, 22 Mei 2021

Aktiviti Capan Jari

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini sis menjalankan pengajaran pembelajaran di rumah (Pdpr) untuk 4 kelas matematik dan 2 kelas seni visual... Sis tdk berapa gembira mengajar online seperti ini..tapi sis cuba... Di bawah ini sis ajar murid tahun 1 sis untuk marapelajaran seni visual menggunakan teknik capan jari.

Ni bahan- bahannya...

Bancuh warna air dan sapu warna air pada jari.

Cap pada lakaran gambar ikan. Sis print jaa ambil dari google...




Sis buat pelbagai warna...nampaklah ceria sikit...hmmm gitu jelah hasilnya😁

Isnin, 17 Mei 2021

Selamat Hari Guru - 16 Mei 2021


Assalamualaikum...salam sayang buat semua warga maya...Mungkin sudah agak terlambat membuat ucapan hari 16 Mei tapi kak C'za tetap nak ucapkan 'Selamat Hari Guru' buat semua guru di luar sana...terutamanya guru-guru tadika sis ..sekolah rendah..sekolah menengah, pensyarah maktab M4P dan oum sama ada yg masih hidup ataupun sudah meninggal dunia ...semoga kalian dirahmati ALLAH SWT duniawi ukhrawi...aamiiin. Tema Hari Guru: Berguru demi Ilmu. Bina Generasi Baru'.



 Video kat bawah ni...lagu Guru Tersayang  dgn alat muzik biola...yg dimainkan oleh anak murid sekolah sis..iaitu Ahmad Dani Huzayl..thn 5.. bestkan...dia juga hebat dalam sukan renang...dah banyak menang emas di peringkat MSSM Negeri Melaka👏👏👏⭐⭐⭐terbaikkklah...sis ajar dia masa tahun 1 dan 2. Tapi dia masih ingat ke sis lg...alhamdulillah...


Khamis, 13 Mei 2021

Salam lebaran 1 Syawal1442 h /13 Mei 2021



 Assalamualaikum dan salam sayang semua...sis cza ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin...salam pkp 3.0...semoga kita diberikan kesihatan yg baik...keceriaan dan kegembiraan...dijauhi dari sebarang wabak penyakit. Sis cza dah 2 minggu diuji dengan kesakitan akibat gastrik ..terlalu bisa hingga menonggeng2 kesakitan ..org yg melihat dan tidak pernah merasa mgkin kehairanan mengapa sampai begitu sekali rupa sis..ia telah terjadi di sekolah sis...badan berpeluh...x selesa pada ulu hati....rasa nak muntah ..sesak nafas dan rasa ingin rebah...itu yg dialami...berejam sakit di sk...habis sekolah ada kwn ni offer diri nak bawa ke klinik...smpai klinik...terus diberi injection tahan skit dan ubat...x hanya sampai disitu...x  juga baiknya dan pergi klinik ke dua dan ketiga semua kak minta inject sbb dah x tahan merana betul...akhirnya dgn izin ALLAH semalam dah boleh bangun dan memasak sikit2..dapatlah sis buat rendang dan sambal serta rebus nasi impit segera ..tp berapa baik sgt pon rasa badan ni...kuatkan semangat jer tinggal...tgk muka suami...anak2 abah...kasihan mereka..sambil tu berdoa pd ALLAH dikurangkan kesengsaraan sis...akhirnya pg lebaran yg mulia ..ALLAH izinkan sis sembuh...syukur yg tidak terhingga padaNYA...Tp sis tetap mkn ubat dan berpantang mkn...sis masak nasi mkn dgn sup ayam kosong...kuih raya sis x sentuh pun...sis pun x tau punca sebenar jd gastrik teruk begini...mgkin mkn pedas kot ..hmm xpelah..byk juga nak ganti puasa akibat gastrik itu ari...hari ni beraya pun ala kadar...ada juga sanak saudara yg datang melawat abah...alhamdulillah...tetamu membawa rezeki...syukur







Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam