Ads

Khamis, 29 Julai 2021

Video PDPR lagi❤️

 Alhamdulillah hari ini dapar hasilkan lagu dua buah video pembelajaran untuk murid tahun satu. Sis tak kreatif so simple je...video tu...nanti sis belajar lg untuk memperbaikinya.. in sya ALLAH.



Bacaan Surah Yasin Warga SKPR❤️

 

Alhamdullillah...majlis bacaan surah yasin yang telah dianjurkan oleh panitia Pendidikan Islam pukul 8:00 malam tadi berjalan lancar... Bacaan di ketuai oleh Ustaz Zairul Aizan Guru Bahasa Arab SKPR yang juga merupakan Imam di Surau kawasan Taman Paya Rumput Perdana...berdekatan dengan sekolah.. Tujuan utama, majlis ini diadakan adalah untuk memohon pertolongan kpda ALLAH agar mereka yang diuji dengan  penyakit Covid-19...bertabah dan kembali sembuh terutamanya di kalangan warga SKPR sendiri...diharapkan segala usaha dan doa dimakbulkan oleh NYA..aamiin.sis juga berdoa agar pahala bacaan dihadiahkan buat arwah emak sis..bapa mertua sisi...serta mereka yg mendahului diri ini...insya ALLAH. aamiin


Hampir 250 orang menyertai bacaan yasin sebentar tadi.




Alhamdulillah Dos ke2 Vaksinasi❤️

 Assalamualaikum dan salam sejahtera warga maya. Semalam 28 Julai 2021, sis dan suami dah berjaya lengkapkan dos ke dua vaksin jenama sinovac. Desas desus mengatakan nanti ada dos ke 3 lah pulekkk.... Tapi kalau ada pun sis pergi jelah ..ikut jerlah saranan KKM. selagi ALLAH bagi peluang hidup ni..sis usaha jelah. Apapun jodoh maut semua ALLAH SWT dah tentukan...semoga segalanya dipermudahkan...aamiin...Berbalik kepada vaksin yang diperolehi, sis dan mr hubby mengambilnya di PPV UNIVERSITI MULTIMEDIA BUKIT BERUANG MELAKA... Janji temu pukul 12:00 tgh, tapi kami dah sampai dalam pukul 11:45pg kat situ...Dapat waktu temujanji tu pun selepas pdpr tamat. Masa sis pergi pun sibongsu sis sedang ber google meet dgn ustazahnya untuk sesi Kem Bestari Solat. Pesan macam2 dengan dia sebelum pi tu...hehe..jangan nak main game lah pulak. Kakak pulak tolong pantaukan ya. Sampai di ppv orang dah ramai jugak, Sis dan hubby terus pergi pendaftaran...ada tujuh checkpoint kena hadap. Tapi pusat ppv di sini dah susun dengan baik dan ia berlaku dengan pantas, lebih kurang 20 minit siap dah.. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan ALLAH SWT...Masa suntik tu jururawat tu siap bagitahu dan tunjuk  jumlah unit suntikan tu  ialah 0.5 ml. Dia suruh sis tengok betul betul sebelum disuntik tu...hehe...yelah sebelum ni kan ada aduan yang hanya dapat suntikan kosong je...betul ke tu🤔

Selfie sebelum bergerak ke ppvmmu


Tunggu giliran

Alhamdulillah sudah.



Ada adik tu, offerkan diri nak ambilkan foto kami.tqvm

Sijil digital
Alhamdulillah, masa dos pertama dulu sis lenguh sampai ke pinggang...tp kali ini ok pulak...Mr hubby pula tiada kesan apa2 pun selepas ambil kedua2 vaksin..hmmm relax jer dia.,😁..Begitulah kisahnya. Setakat ni kes masih lagu begitu tinggi..apapun kita doa yang baik2 ke hadrat ILAHI agar segalanna berakhir suatu ketika nanti...aamiin ya ALLAH.. KAU SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI segalanya 🤲



Khamis, 22 Julai 2021

Video Birthday Nur Zara Adelia🎂🎉

 Video kenangan hari lahir Nur Zara Adelia, Si bongsu sis 20 Julai 2021@1 Zulhijjah 1432h❤️



Cuba-cuba buat video untuk YOUTUBE

Assalamualaikum....sahabat maya❤️... Sekarang ni sis cuba-cuba buat video dan upload ke youtube... Sis memang minat buat video tapi pabila tiada ilmu beginilah hasilnya🤭😁...pakai pun hp android je..jenama Oppo Reno... Mr hubby pakai dua hp jenama Oppo R17 dan satu lagi Iphone 11..Dua orang bujang sis pula pakai Iphone X dan 7 plus...entahlah sis pun tak mahir pasal hp ni...yg sis tahu asalkan ia smart phone sudah..anak sis selalu usik2 sis supaya beli iphone sebab kualiti gambar@ video lebih baik...hmm..betul ke idok ye...anak dara sis pakai samsung dan yang kecik pula jenama oppo...itu pun untuk pdpr mereka...

Sis suka buat video sebenarnya untuk kenangan di hari tua. Nanti kita boleh tengok semulakan. Masa anak sis kecil-kecil dahulu ada jugak rakam video...tapi sis tak cerdik masa tu..semua hilang..rasa rugi pula...sekarang kalau buat rakaman video...sis edit dan simpan dalam youtube...untuk kenang-kenangan. Lepas ni sis nak belajar buat video yang lebih molek..ala belajar kat youtube je lah jugakkan..

 

Selasa, 20 Julai 2021

Kenangan Minatku di Zaman Kanak2❤️

Kemas2 almari di bilik terjumpa surat2 lama...dan lukisan2 yg sis lukis 30 tahun lepas...minat melukis..tapi bakat tak cukup..cita2 nak jd pelukis pun tak kesampaian...apa pun alhamdulillah...ia jadi sekadar hobi sekarang.











 


Selamat hari lahir Nur Zara Adelia🎂🎉

 Sempena 10 Zulhijjah 1442h.... hari aidil Adha yang indah. Hari ini juga merupakan hari lahir Nur Zara Adelia Binti Hashim. Putri bongsu sis yang manja yang lahir pada 11 Ramadhan 1434H bersamaan 20 Julai 2013. Hari ini merupakan 8 tahun genap usianya. Alhamdulillah, kerana ALLAH SWT telah memberikan kesihatan yang baik kepadanya. Semoga Zara menjadi insan yang mulia, berbakti kepada masyarakat sekeliling dan taat kepada perintah ALLAH swt selalu..Aamiin.

Dibawah ini adalah buat majlis kecil-kecilan untuk meraikannya buat kenangan di masa akan datang..












Salam Aidil Adha 10 Zulhijjah 1432 H

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat maya...Di kesempatan ini, sis ingin mengucapkan salam Aidil Adha 1442 H, Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT dan dijauhi dari sebarang penyakit dan mara bahaya... aamiin...Sambil2 tu kita makan ketupat tu, mari kita kenangkan pengorbanan para nabi kita dalam memperjuangkan dan mengembangkan agama Islam. Kenangkan juga pengorbanan ibu bapa kita dalam membesarkan kita sehingga dewasa. Sis hadiahlanalfatihahbuat ALLAHYARHAM HJH MARIAH BINTIHJ MAD ISA.. Emak sis yang telah meninggalkan dunia ini pada 28 Mac 2017 yang lalu.. dan empat tahun berlalu.. sekejap jer...semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang solihin..aamiin..

Sumber gambar: Google

Rendang ayam pencen

Pagi ini, sis bangun pukul 3:30 pagi ditemani anak kedua sis..si angah Nabil Daniel untuk masak rendang, nasi impit, kuah lodeh, dan sambal tumis. Sis masak dua ekor ayam pencen je... Cukuplah makan anak beranak...hihihi.. tahun lepas sis balik beraya di ruamah ibu mertua sis di Jeli Kelate. Tahun ni tak merasalah ya..Duk rumah diam-diam jelah yang mampu..sambil makan rendang anak beranak.😁
Sis masak pun sikit2 jer..ala kadar .. Itupun kerana nak meraikan hari raya Aidil adha yang indah ini..
Kuah lodeh pon tak cukup bahan..sebab tak membeli belah pun..pakai ajer apa yang ada dalam peti sejuk..

Nasi goreng.. sebab semalam banyak nasi tak habis..

Sambal tumis ikan bilis



Ketupat palas segera...adikku Si Ninie bagi..alhamdulillah.


 Tak lama lagi nak masuk tahun baru 1 Muharam 1443 hijriah dah pada 10 Ogos 2021 nanti...

Isnin, 19 Julai 2021

Doa ARAFAH🤲

 

Sumber gambar: Google

Tag orang-orang yang anda sayang 

Dikongsi dari whatsapp group:

DOA ARAFAH - Hari ini, 19/7/21 Rebutlah satu jam ini


Assalamualaikum. Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:


1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus


2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.


3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).


4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.


5. Ya Allah selamatkanlah saudara-saudaraku dan sahaba-sahabatku dari neraka. Kurniakan mereka hidayahmu.


6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.


7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.


8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.


9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi 


10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.


11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.


12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku kepadaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku kepada keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.


13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).


14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu


15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.


16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.


17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.


18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.


19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.


20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.


21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.


22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.


23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.


24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.


25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.


26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.


27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..


28 Ya Allah lindungi kami dari iblis, syaitan dan jin. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.


29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil sehingga kami dewasa.


30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kequfuran, putus asa, salah laku dan syirik.


31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.


32. Ya Allah tamatkanlah segera wabak Coronavirus Covid 19 ini agar kami dapat kembali hidup seperti sedia kala bekerja, beribadah di masjid, menyambut hari raya, berjumpa ibu bapa dan keluarga.

  🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕

In sya Allah . Hari Arafah bagi tahun 2021 jatuh pada 19/07/2021 mulai jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah). 

SEMOGA SEGALA DOA DIMAKBULKAN ALLAH YANG MAHA KUASA.AAMIIN

Untuk doa yang paling mustajab bagi kita yang berada di Malaysia adalah dalam waktu solat Asar jam 5.21 petang hingga jam 6.21 petang. Rebutlah 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita angkat doa ke langit Allah. waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. Selamat Beribadat!


Aamiiin...🌹

Ahad, 18 Julai 2021

Durian IOI dan durian kahwin❤️

 Masa balik dari ambil abah HD, sis dan mr hubby singgah beli durian di Cheng, Melaka ..Sis nak cari IOI sebab itulah kegemaran sis... Bulan Jun itu hari ada beli sekali RM18 sekilo di kawasan kampung sis... Tadi beli RM15 sekilo...sis beli hampir 12 kg...banyaklah jugak isi yg dapat..Alhamdulillah... Durian kahwin pon sis ada beli 3 biji RM50...rasanya lepas ni tak beli lagi dah... Dah puas sangat makan tadi...takut macam2 penyakit pulak dapat😭

Ni beli tempohari..memang terbaik..hanya di kebun Ah Keong Kg Bukit Hantu, Lendu Alor Gajah, Melaka.. tiap2 tahun  memang sis beli di sini. Sebabnya..memang fresh dari kebun...😍

Ni baru beli tadi IOI dan durian kahwin.





Dapatlah dua bekas...
Lazat yang amat...alhamdulillah...syukur dgn nikmatNYA.sis dapat merasa buah kegemaran yang lazat ni..harap tahun hadapan jika ada diberi kesempatan oleh ALLAH... dapatlah sis laki bini merasa lagi..insya ALLAH....Aamiin❤️

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam