Ads

Selasa, 13 Julai 2021

Ambulan paling terbaik area Melaka👍⭐

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga maya. Untuk pengetahuan semua, abah sis perlu buat cuci darah@ haemodialisis 3 kali seminggu di pusat HD Nepchcare Cheng Melaka. Kami duduk di Lendu Alor Gajah... Setiap kali nak pi tu driver pusat HD yang jemput dan hantar pulang...tapi sejak kes covid19 meningkat ni, pihak pusat hd minta waris hantar sendiri. Ini kerana peraturan KKM dah tetapkan...so, kita akur. Sis minta owner sediakan kenderaan pagi jer. Sbb sis terikat dgn BDR dan pdpr anak2. Atas budi bicara owner,  waktu balik je sis ambil abah😍Smlm deme ambil abah naik ambulan sebab kereta pusat deme rosak. Apa yang sis nak cerita, ambulan ni dulu2 meman sis sewa untuk bawa abah pi mana2. Harga sangat berpatutan. Boleh dikatakan murahlah berbanding ambulan lain yang sis pernah sewa. Sebelum ni, abah HD di kawasan Alor Gajah je, tapi memandangkan pengurusan yang kurang memuaskan, sis tukarkan abah ke pusat baru dengan bantuan owner HD sekarang. Masa tu sis sewa dalam beberapa bulan jugaklah tapi memang boleh dikatakan murah berbanding tempat lain. Kira mereka berniaga tapi dengan amal jariah sekali kot. Sis puas hati dengan perkhidmatan ambulan ni. Jadi sesiapa yang verhasrat nak sewa ambulan...sewalah ambulan ni..pasti tak menyesal. Driver pon ok...kerja memang oustanding..hmm .percayalah.hihi.sis x dibayar pun untuk promo ambulan..ini adalah dengan kerelaan sis sendiri.  Deme pon dah ada nama. Lagipun deme pun tak tau sis promo ni..kikiki
Kalau nak sewa boleh call nombor kat belakang ambulan tu... 017 655 4482. TOPCARE DIALISYS CENTRE tak silap nama syarikat ni.


Ni sis ambil gambar pusat dialisis  dari deme le kat facebook. Harap deme tak marah huhu
Maklumat tentang syarikat ni sis ambil di laman FB diorang.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam