Ads

Ahad, 11 Julai 2021

Musim buah di kampungku❤️


Assalamualaikum dan salam sejahtera warga maya. Sekarang ni musim buah-buahan kan. Kat rumah abah sis ada lah tiga batang pokok durian D24, pokok rambutan gading, rambutan anak sekolah adalah enam pokok. Pokok manggis sepokok..pokok dokong sepokok... Alhamdulillah semua berbuah. Tapi buah durian banyak yang rosak sebab dimakan oleh tupai2 yang berumahtangga kat pokok tu. Abah sis suruh upah je orang tembak...tapi sis tak sampai hati.. sis biar jelah tupai2 tu bermaharajalela... Ari ni pi petik buah rambutan tu..bagi kat kawan-kawan sama mengajar yang berdekatan..suka deme ..alhamdulillah. Ada juga yang datang nak membeli. Tp bila deme dah ambil...deme pergi gitu je..waktu tu sis berada di dapur.. entahlah terpulanglah..nak bayar ke tidak..sis tak kisah sangat..tapi sekurang- kurangnya ucaplah terima kasih ke...ini satu bonet kereta penuh deme ambil suami sis kata...tak taulah deme mari semula ke tidak tuu😜 
 

Ni sis petik sikit nak bagi ke kengkawan...
Ni semua pokok belakang rumah. Hmm sedapnyo...
Pokok manggis sebatang. Dulu ada 2 batang belakang rumah...yang sebatang tu selalu berbuah lebat.tp arwah mak nak besarkan rumah masa tu. Terpaksa tebang...

Pokok dokong abah tanam ni sedap manis. Tapi buah tak berapa nak besar. Kalau pokok mek mertuaku di kelantan buah dia besar-besar. Kat sana kemenjadian dia memang terbaiklah. Mungkin tanahnya sesuai kot




Ni semua poook belakang rumah. Nanti sis ambil gambar pokok depan dan tepi rumah.







Updated: Ni lah abg yg beli buah tu..mari semula ambil lagi sebonet...merah aje dia mahu hmm..kuning xmo plak dia..mungkin kalau jual tak laku kot...dia pon siaplah bayar.... RM 80 untuk dua bonet besar kereta dia tu....sis x kisah pun berapa tapi...harap dia kemas semula lah kan...pembantu dia siap potong dan cantas dahan-dahan yang tinggi..kalau deme tak buat siapa lagi nak buatkan .alhamdulillah..ada juga org tolong sis😭




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam