Ads

Rabu, 15 Disember 2021

Booster (Dos Penggalak)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Semoga sihat² selalu .. Baru² ni sis ambil booster bersama² abah sis di klinik kesihatan Rembia Alor Gajah Melaka (9 /12/2021)... Hari yang sama kebetulan sis cuti sakit sebab cirit birit satu famili... Salah makan apa tah .. masak sendiri je sebenonya ..dah nak jadi... Masa hari tu juga suami sis pi check up di KK Rembia tu...so dia tanya ada booster lg tak kepada nurse kat situ....sebab beberapa minggu sebelum tu..suami sis dah ambil booster di situ... Nurse kata walk in je...so suami pun call sis suruh datang situ....sis pun bawalah abah sis sekali... Selepas enjet tu memang lenguh lah... Esoknya sis pi mengajar seperti biasa... Balik sari sekolah sis dah mula sakit sendi..rasa macam nak demam....dedau² rasa badan ni...tapi idoknya demam pun bila cek suhu.. abah sis pun sama ..pi dialisis tapi buat tak sampai 4 jam pun ..dalam 3 jam je gitu.. sebab pun lesu dan tak larat...mungkin akibat kesann vaksin tersebut sian...masa tu pusat HD suh ambil awal sebab abah minta balik awal....sis pula sampai hari keempat baru kebah..dalam tak sihat tu gigih juga buat kerja² rumah....dah terpaksa...tapi memang letihlah ambil vaksin kali ni...rasa menyesal pun ada...tapi apakan daya sendiri yang mahu serah diri untuk di enjet🤣.Itulah kisah booster sis..kikiki








Sabtu, 11 September 2021

Sang Bulus Kiriman Tuhan

 Assalamualaikum...sis ada satu cerita ni...kisahnya dah lama...hujung bulan Februari yang lalu sis ada angkat satu anak kucing... Kucing betina. Sis jumpa di sekolah masa tu, ketika hadir untuk menghias bilik darjah sis. Mengiau² tak henti, ikut je bontot kami masa tu😅..Anak sis yang nenemani ketika itu memujuk sis untuk bawa balik kucing tu...Oleh kerana tak sampai hati dengan anak dara sis dua orang tu si nina dan zara... Sis ambil juga... Sebenarnya ada kisah di sebaliknya. Selain kasihan kat kucing tu. Anak² dara sis beberapa kali dah memujuk sis nak bela kucing. Ayahnya pulak tak suka. Serba salah sis dibuatnya. Suatu pagi tu sesudah subuh. Sis niat dalam hati, kali ini kalau jumpa seekor kucing, sis akan berusaha  bawa balik kucing tu walaupun mr Hubby tak berapa suka. Sis nak gembirakan hati anak² sis dan penuhi hasrat mereka. Tup tup pada hari yang sama tu, ALLAH hadirkan kucing tu betul² depan kelas yang sis uruskan. Ya ALLAH KAU MAHA MENDENGAR WAHAI TUHANKU. Apabila sis teringat niat pagi tu, tu yang sis gagahkan diri ambil juga kucing tu. Sis namakan dia Cici. Comelkan namanya.🤭 Mencabar juga jaga si Cici. Tapi takpelah sis teruskan juga kerana si Cici adalah bulus kiriman dari ALLAH SWT buat kami sekeluarga. Sekarang Cici dah ada anak. Masa dia melahirkan, kami yang menemaninya. Sediakan kotak... Dan duduk sebelah dia daripada malam sampai ke pagi anak² sis tolong temankan🤣. Anaknya lahir empat ekor, beberapa hari selepas itu, mati seekor. Nangis sis masa tu... 😅Sudah ajalnya. Dahulu masa sis remaja ada bela seekor kucing, yang bijak. Si Putih namanya. Putih sungguh istimewa di hati sis kerana ada sebabnya yang sis takkan lupakan.



Si Cici ni, tabiatnya suka tangkap haiwan lain, seperti, tikus, tupai, cicak, mengkarung dan pelbagai lagi...geli betul ketika dia bawak balik rumah tu😩kenkadang bersepah² rumah sis dengan cicak yang telah ia bunuh😂


Anak Si Cici... Miko namanya... Comelkan






Video PDPR terkini







 

Jumaat, 10 September 2021

Selamat Bercuti-Cuti Pertengahan Penggal ke 2

                

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama sis tak bersiaran di sini... Sebab terlalu sibuk dengan tasks yang tak berkesudahan. Hari ini Jumaat, alhamdulillah masih menikmati kehidupan yang fana ini dengan keizinan ALLAH SWT. Hari ini banyak tugasan dan sis bangun seawal 4:30 pagi untuk masak sarapan pagi dan  makan tengahari sekali. Hari ini, sis ada dua kelas pdpr tahun 1. Satu kelas DLP (dual-language programme) dan satu kelas bukan dlp. Rumah kampung sis dah takde line internet kerana mr Hubby dah potong. Sis plan terpaksalah ulang alik dar Alor Gajah ke rumah sis di Krubong atau Cheng bawak anak-anak berpdpr. Tapi lahaiii...memang tak larat lah dah 2@3 minggu ulang alik ni. Sis dari rumah abah di Kg Lendu Alor Gajah seawal pagi dalam pukul tujuh lebih. Sambil memandu dengar, GM Bacaan Yasin bersama warga guru sekolah sis. Alhamdulillah. Hari ini busy sikit. Kalau hari abah dialisis sis kena ulang berkali-kali untuk ambil abah dan hantar ke pusat HD di kawasan Cheng ni dan sis serta anak-anak transit semula di rumah Cheng. Memang agak penat tapi berkorban apa saja. Abah memang tak selesa kat rumah Cheng ni. Pergerakan agak terbatas, so biar jelah dia di kampung, So sis dan anak-anak yang bergerak. Tapi salah seorang mesti tinggal untuk tengok-tengokkan atuk. So hari ni abah sis dialisis pon samalah. Sis google meet di rumah Cheng hari ni dua kelas 8:30-9:30 dan 9:30-10:30. Lepas siap terus bergegas balik ke kampung ambil abah untuk hantar dia ke ke pusat HD. Time dia HD selalunya dalam pukul 11:00 pagi. So, hari ni dah lambat so terpaksa dia habis lambat. Sebab jalan sesak penuh kereta, dengan yang bawak kereta lembab nak potong pon serba salah jalan sempit. Macam-macamlah. Lintas road block, sib baik pak polisi suruh jalan je, jadi tak lah nak bersoal jawab. Akhirnya dapatlah hantar dia dalam pukul 11 lebih. Syukur tak terlalu lambat tapi mungkin dia akan keluar lambat sikit nanti sebab HD dalam 4 jam. Buat pengetahuan semua. hari ini juga PDPR terakhir minggu ni. Esok bermula cuti pertengahan penggal kedua. Alhamdulillah dapatlah rehat sikit dan menyiapkan segala laporan, minit mesyuarat, buat video dan sebagainya. Semoga segalanya nanti dipermudahkan Aamiin.

Majlis Bacaan Yasin Mingguan SKPR


Kelas 1 Helium hari ini.










Kelasi 1 DLP KRIPTON







Ni kelas 3 Neon Selas hari tu




Ni Tahun 2 Helium Isnin lepas




Makanan yang dimasak pada hari. Asam Pedas ayam, ayam goreng kunyit dan makaroni bolognese cheese.. Alhamdulillah syukur rezeki ALLAH kurniakan...

Selasa, 17 Ogos 2021

Internet Oh internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang tersinggah di blog sis C'za. Harap semua sihat dan di jauhi dari wabak penyakit...aamiin yarabbalalaamiin.. Sis alhamdulillah masih menjalankan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH SWT, sebagai isteri, sebagai anak, ibu kepada anak2 sis, dan guru kepada anak2 didik sis dan lain-lain tanggungjawab di muka bumi ALLAH yang fana ini. Sis bersyukur kami sekeluarga masih diberi rezeki untuk makan pakai...semua cukup alhamdulillah. Tidaklah berlebih dan tidak juga terkurang. Kalau ada lebih bolehlah sis berkongsi dengan sesiapa yang memerlukan in sya ALLAH.
Sis dan  guru2 di seluruh negara masih lagi meneruskan lagi PDPR  mungkin hingga ke akhir tahun untuk 2021 ini. 😥😪. Wallahualam. Hanya ALLAH SWT yang maha mengetahui. Untuk pengetahuan para pembaca, sis sekarang tinggal di rumah abah sis, memandangkan tanggungjawab sis menjaga abah selepas beliau jatuh sakit hingga terpaksa menjalani hemodialisis seminggu 3 kali. Sis sudah ajak abah untuk tinggal di rumah sis di kawasan Cheng, tapi agak membataskan pergerakannya bila berada di rumah sis yang agak kecil, berbanding rumahnya yang lebih luas di kampung. Abah sis sekarang bergerak ke mana-mana hanya dengan kerusi roda. Sekali sekala baru dia gunakan tongkat 4 kaki tu. Badan dia semakin lemah sekarang. Sejak emak meninggal empat tahun lepas , dia semakin tak kuat, Mungkin dah penat menjaga emak yang bertahun2 sakit, dan keluar masuk hospital. Sis pun tak dapat bantu sangat masa tu sebab anak2 sis pun masih kecil masa tu. Kasihan dia. Sis suka duduk di kampung ni (kawasan ALor Gajah). Rumah besar dan tanah luas. Macam2 boleh tanam. Tapi apa yang menjadi masalah sis di kampung ni ialah line internetnya..huhu. Terlalu slow dan putus2. Menjadi masalah kepada pdpr sis ketika sis buat Google Meet dan juga nak upload download bahan pdpr memang tak boleh langsung. Kenkadang je ok. Dah panggil orang TMNET repair pun takde perubahan.
Di rumah Cheng dan Kerubong sis pakai UNIFi dengan kapasiti kelajuan masing2 30 mpbs dan 100 mpbs. Agak puas hatilah. Sis terpaksa ulang alik ke Cheng dan Kerubong untuk dapatkan line. Tapi dah tak larat dah. Di kampung ni pulak yang hanya ada TMNET dgn speed 8 mpbs sahaja. Tapi bila sis check guna FAST speed test tak sampai pun 8 mpbs tu. So sad. Apabila buat GM memang  putus2. Murid sis asyik kata cikgu.. suara cikgu lag lah...putus2...nak paparkan slide pon terganggu je. Memang menyedihkan sis. Hingga terbawa2 mimpi kesedihan tu..huhu. Kita nak mengajar dengan buat yang terbaik tapi apakan daya. Itu jer kemampuan line di rumah kampung sis nih..huwaaa.
Kelas math 1 DLP Kripton


Kelas Math 2 Helium




Kelas Math 3 Neon



Kelas 1 DLP Kripton


Kelas Math 1 Helium


Semoga setiap amanah yang sis dipertanggungjawabkan dipermudahkan ALLAH SWT. Sis ingin buat yang terbaik untuk mereka..ALLAH je maha mengetahui perasaan ni.


 



Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam