Assalamualaikum...sis ada satu cerita ni...kisahnya dah lama...hujung bulan Februari yang lalu sis ada angkat satu anak kucing... Kucing betina. Sis jumpa di sekolah masa tu, ketika hadir untuk menghias bilik darjah sis. Mengiau² tak henti, ikut je bontot kami masa tu😅..Anak sis yang nenemani ketika itu memujuk sis untuk bawa balik kucing tu...Oleh kerana tak sampai hati dengan anak dara sis dua orang tu si nina dan zara... Sis ambil juga... Sebenarnya ada kisah di sebaliknya. Selain kasihan kat kucing tu. Anak² dara sis beberapa kali dah memujuk sis nak bela kucing. Ayahnya pulak tak suka. Serba salah sis dibuatnya. Suatu pagi tu sesudah subuh. Sis niat dalam hati, kali ini kalau jumpa seekor kucing, sis akan berusaha bawa balik kucing tu walaupun mr Hubby tak berapa suka. Sis nak gembirakan hati anak² sis dan penuhi hasrat mereka. Tup tup pada hari yang sama tu, ALLAH hadirkan kucing tu betul² depan kelas yang sis uruskan. Ya ALLAH KAU MAHA MENDENGAR WAHAI TUHANKU. Apabila sis teringat niat pagi tu, tu yang sis gagahkan diri ambil juga kucing tu. Sis namakan dia Cici. Comelkan namanya.🤭 Mencabar juga jaga si Cici. Tapi takpelah sis teruskan juga kerana si Cici adalah bulus kiriman dari ALLAH SWT buat kami sekeluarga. Sekarang Cici dah ada anak. Masa dia melahirkan, kami yang menemaninya. Sediakan kotak... Dan duduk sebelah dia daripada malam sampai ke pagi anak² sis tolong temankan🤣. Anaknya lahir empat ekor, beberapa hari selepas itu, mati seekor. Nangis sis masa tu... 😅Sudah ajalnya. Dahulu masa sis remaja ada bela seekor kucing, yang bijak. Si Putih namanya. Putih sungguh istimewa di hati sis kerana ada sebabnya yang sis takkan lupakan.
Anak Si Cici... Miko namanya... Comelkan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan