Ads

Jumaat, 10 September 2021

Selamat Bercuti-Cuti Pertengahan Penggal ke 2

                

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama sis tak bersiaran di sini... Sebab terlalu sibuk dengan tasks yang tak berkesudahan. Hari ini Jumaat, alhamdulillah masih menikmati kehidupan yang fana ini dengan keizinan ALLAH SWT. Hari ini banyak tugasan dan sis bangun seawal 4:30 pagi untuk masak sarapan pagi dan  makan tengahari sekali. Hari ini, sis ada dua kelas pdpr tahun 1. Satu kelas DLP (dual-language programme) dan satu kelas bukan dlp. Rumah kampung sis dah takde line internet kerana mr Hubby dah potong. Sis plan terpaksalah ulang alik dar Alor Gajah ke rumah sis di Krubong atau Cheng bawak anak-anak berpdpr. Tapi lahaiii...memang tak larat lah dah 2@3 minggu ulang alik ni. Sis dari rumah abah di Kg Lendu Alor Gajah seawal pagi dalam pukul tujuh lebih. Sambil memandu dengar, GM Bacaan Yasin bersama warga guru sekolah sis. Alhamdulillah. Hari ini busy sikit. Kalau hari abah dialisis sis kena ulang berkali-kali untuk ambil abah dan hantar ke pusat HD di kawasan Cheng ni dan sis serta anak-anak transit semula di rumah Cheng. Memang agak penat tapi berkorban apa saja. Abah memang tak selesa kat rumah Cheng ni. Pergerakan agak terbatas, so biar jelah dia di kampung, So sis dan anak-anak yang bergerak. Tapi salah seorang mesti tinggal untuk tengok-tengokkan atuk. So hari ni abah sis dialisis pon samalah. Sis google meet di rumah Cheng hari ni dua kelas 8:30-9:30 dan 9:30-10:30. Lepas siap terus bergegas balik ke kampung ambil abah untuk hantar dia ke ke pusat HD. Time dia HD selalunya dalam pukul 11:00 pagi. So, hari ni dah lambat so terpaksa dia habis lambat. Sebab jalan sesak penuh kereta, dengan yang bawak kereta lembab nak potong pon serba salah jalan sempit. Macam-macamlah. Lintas road block, sib baik pak polisi suruh jalan je, jadi tak lah nak bersoal jawab. Akhirnya dapatlah hantar dia dalam pukul 11 lebih. Syukur tak terlalu lambat tapi mungkin dia akan keluar lambat sikit nanti sebab HD dalam 4 jam. Buat pengetahuan semua. hari ini juga PDPR terakhir minggu ni. Esok bermula cuti pertengahan penggal kedua. Alhamdulillah dapatlah rehat sikit dan menyiapkan segala laporan, minit mesyuarat, buat video dan sebagainya. Semoga segalanya nanti dipermudahkan Aamiin.

Majlis Bacaan Yasin Mingguan SKPR


Kelas 1 Helium hari ini.










Kelasi 1 DLP KRIPTON







Ni kelas 3 Neon Selas hari tu




Ni Tahun 2 Helium Isnin lepas




Makanan yang dimasak pada hari. Asam Pedas ayam, ayam goreng kunyit dan makaroni bolognese cheese.. Alhamdulillah syukur rezeki ALLAH kurniakan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam