Ads

Khamis, 10 Jun 2021

Suntikan Vaksin Covid-19 Untuk Abah Dose-1

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga maya. Pada 3 Jun lepas, abah sis dah mendapat vaksin Dose 1 untuk Covid-19 di Oriental Melaka Straits Medical Centre. Abah ni pesakit buah pinggang dan memerlukan cuci darah @ hemodialisis. Jadi pusat HD sudah daftarkan abah dan rakan-rakannya untuk vaksin memandangkan mereka adalah golongan berisiko tinggi terhadap penyakit c-19 ni. Alhamdulillah, selepas suntikan hari tu, abah tidak alami sebarang gejala demam atau tidak sihat... Dia okay jer. Sehari sebelum pergi tu owner HD, Encik Sham dah pesan supaya abah makan panadol@soluble sebelum suntikan. Kawan2 abah pon okay kesemuanya. Abah dapat vaksin jenis pfizer. Insya ALLAH, 24 Jun ni dose-2 pulak. Harap semuanya dipermudahkan. Aamiin...Doakan yer sahabat sekelian😍🥰


Terima kasih kpd Mr Hubby tolong temankan abah. Alhamdulillah.


Laksa Lemak Kelantan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga maya yang dihormati sekelian. Semalam, masa buat laksa penang sis juga buat kuah lemak sekali sebab suami sis memang suka kuah lemak ni...so sekali harung jer sis buat. Semalam masak dah pukul 1.30 ptg, memang kelam kabutlah sebab pukul 3 petang nak ambil bapa sis di Pusat Dialisis di Cheng Melaka sedangkan rumah bapa sis ni di Alor Gajah. Memang merentas daerahlah sis. Tapi pusat HD abah ni dah bagi surat makluman jika pihak polis minta dokumen perjalanan. So sis x perlu susah hatilah kan. Kat bawah ni sis tunjukkan hasil kuah sis. Resepi sis ambil di gugel. Terima kasih kepada pengongsi2 resepi tu ya.

Asingkan isi dan tulang ikan.


Ini anak dara sis hiris. Kasar-kasar. Selepas tu sis hiris balik bagi halus. Klu tidak tercekik sis makan kasar2 gitu.
Ni beli je. Lepas ni nak cuba buat laksam nya pula.

Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat 
1gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar
10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai diketuk 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa - kalau x letak pun xpa

Cara membuatnya
1. Campur semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. 

2. Apabila rasa dan pekatnya tu dah okay, bolehlah diangkat. Kalau rasa terlalu pekat, masukkan sedikit air panas ya.

Ulam  
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Kacang panjang
Bunga kantan
Kubis
Taugeh - kalau suka
*Semua bahan di atas di hiris halus

Sambal
10 biji cili padi
1/2 sdt garam
1 sudu cuka
1 sudu gula
Sedikit belacan (x bubuh pon x pe)

Rabu, 9 Jun 2021

Laksa Penang Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan salam Sejahtera warga maya. Hari ini, sis buat laksa penang . Sis baru kali ketiga masak laksa penang ni.


Bahan-bahan dan Cara-cara Buat Laksa Penang Yang sempoi:
1. Bawang besar merah sebiji dengan 2 biji lada hidup serta 5@6 cili api dan juga belacan besar ibu jari. Masukkan dalam pengisar dan kisarkan hancur.
2.   1 kg ikan selayang rebuskan dengan 3 asam keping... Agak dah boleh tanggal tulang dgn isi...
tutup api ya.
 3. Asingkan ikan dgn tulang...air rebusan tu jgn buang buat air utk kisar isi ikan dulu
4. Lepas tu air rebusan tu...kisarkan dengan tulang pulak...tapis air tulang tu...hampas sila buang.
5. Sediakan 2 bunga kantan...segenggam daun kesum..
6. Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan rencah tadi... Masukkan jugak cili kering yang telah dikisar  dalam 2 sudu...klu suka pedas..tmbah lg...masukkan bunga kantan...daun kesum... Kacau smpai agak2 pecah minyak... Masukkan isi ikan... Kacau lagi.
 7. Masukkan air tapisan tulang td... Kacau...tambah lah air ikut kepekatan yg disukai...klu suka cair tambah byk air..
8. Masukkan asam keping 2@3 keping. Kacau lg.
9. Masukkan garam gula dan serbuk perasa...
10. Masaklah dlm 1/2 jam oklah tu...makan dgn ntelur rebus..salad .timus..hirisan bawang dll

Beli lah kat pasaraya jenama halal. Rebus sampai lembut ya. Sis beli jenama cap kunci. Tapi ada pengesahan JAKIM. Moga halal lah ya.





Hmm... Makan bertambah bapa sis..suami dan anak-anak.



 

Meeting Pengurusan SKPR Secara Google Meet.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga maya. Hari ini sis meeting secara GM bersama Guru Besar baru kami Pn Rozaheran Binti Hamzah. Sis jumpa  GB hari tu masa datang sekolah ambil surat daripada beliau. Orangnya comel, putih dan kecil molek. Harap beliau dapat membimbing kami ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang hendaknya. aamiin. Hari ni sesi perkenalan dengan GB bersama semua guru SKPR. Selain itu kami di ingatkan tentang pelbagai tugasan yang perlu kami uruskan sepanjang minggu ini dan PDPR bermula 14 Jun nanti. Semoganya segalanya akan berjalan dengan baik serta dipermudahkan ALLAH SWT.aamiin






 

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam