Assalamualaikum dan salam Sejahtera warga maya. Hari ini, sis buat laksa penang . Sis baru kali ketiga masak laksa penang ni.
Bahan-bahan dan Cara-cara Buat Laksa Penang Yang sempoi:
1. Bawang besar merah sebiji dengan 2 biji lada hidup serta 5@6 cili api dan juga belacan besar ibu jari. Masukkan dalam pengisar dan kisarkan hancur.
2. 1 kg ikan selayang rebuskan dengan 3 asam keping... Agak dah boleh tanggal tulang dgn isi...
tutup api ya.
3. Asingkan ikan dgn tulang...air rebusan tu jgn buang buat air utk kisar isi ikan dulu
4. Lepas tu air rebusan tu...kisarkan dengan tulang pulak...tapis air tulang tu...hampas sila buang.
5. Sediakan 2 bunga kantan...segenggam daun kesum..
6. Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan rencah tadi... Masukkan jugak cili kering yang telah dikisar dalam 2 sudu...klu suka pedas..tmbah lg...masukkan bunga kantan...daun kesum... Kacau smpai agak2 pecah minyak... Masukkan isi ikan... Kacau lagi.
7. Masukkan air tapisan tulang td... Kacau...tambah lah air ikut kepekatan yg disukai...klu suka cair tambah byk air..
8. Masukkan asam keping 2@3 keping. Kacau lg.
9. Masukkan garam gula dan serbuk perasa...
10. Masaklah dlm 1/2 jam oklah tu...makan dgn ntelur rebus..salad .timus..hirisan bawang dll
Beli lah kat pasaraya jenama halal. Rebus sampai lembut ya. Sis beli jenama cap kunci. Tapi ada pengesahan JAKIM. Moga halal lah ya.
Hmm... Makan bertambah bapa sis..suami dan anak-anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan