Ads

Khamis, 10 Jun 2021

Laksa Lemak Kelantan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga maya yang dihormati sekelian. Semalam, masa buat laksa penang sis juga buat kuah lemak sekali sebab suami sis memang suka kuah lemak ni...so sekali harung jer sis buat. Semalam masak dah pukul 1.30 ptg, memang kelam kabutlah sebab pukul 3 petang nak ambil bapa sis di Pusat Dialisis di Cheng Melaka sedangkan rumah bapa sis ni di Alor Gajah. Memang merentas daerahlah sis. Tapi pusat HD abah ni dah bagi surat makluman jika pihak polis minta dokumen perjalanan. So sis x perlu susah hatilah kan. Kat bawah ni sis tunjukkan hasil kuah sis. Resepi sis ambil di gugel. Terima kasih kepada pengongsi2 resepi tu ya.

Asingkan isi dan tulang ikan.


Ini anak dara sis hiris. Kasar-kasar. Selepas tu sis hiris balik bagi halus. Klu tidak tercekik sis makan kasar2 gitu.
Ni beli je. Lepas ni nak cuba buat laksam nya pula.

Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat 
1gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar
10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai diketuk 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa - kalau x letak pun xpa

Cara membuatnya
1. Campur semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. 

2. Apabila rasa dan pekatnya tu dah okay, bolehlah diangkat. Kalau rasa terlalu pekat, masukkan sedikit air panas ya.

Ulam  
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Kacang panjang
Bunga kantan
Kubis
Taugeh - kalau suka
*Semua bahan di atas di hiris halus

Sambal
10 biji cili padi
1/2 sdt garam
1 sudu cuka
1 sudu gula
Sedikit belacan (x bubuh pon x pe)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam