Assalamualaikum dan salam sejahtera warga maya. Semalam 28 Julai 2021, sis dan suami dah berjaya lengkapkan dos ke dua vaksin jenama sinovac. Desas desus mengatakan nanti ada dos ke 3 lah pulekkk.... Tapi kalau ada pun sis pergi jelah ..ikut jerlah saranan KKM. selagi ALLAH bagi peluang hidup ni..sis usaha jelah. Apapun jodoh maut semua ALLAH SWT dah tentukan...semoga segalanya dipermudahkan...aamiin...Berbalik kepada vaksin yang diperolehi, sis dan mr hubby mengambilnya di PPV UNIVERSITI MULTIMEDIA BUKIT BERUANG MELAKA... Janji temu pukul 12:00 tgh, tapi kami dah sampai dalam pukul 11:45pg kat situ...Dapat waktu temujanji tu pun selepas pdpr tamat. Masa sis pergi pun sibongsu sis sedang ber google meet dgn ustazahnya untuk sesi Kem Bestari Solat. Pesan macam2 dengan dia sebelum pi tu...hehe..jangan nak main game lah pulak. Kakak pulak tolong pantaukan ya. Sampai di ppv orang dah ramai jugak, Sis dan hubby terus pergi pendaftaran...ada tujuh checkpoint kena hadap. Tapi pusat ppv di sini dah susun dengan baik dan ia berlaku dengan pantas, lebih kurang 20 minit siap dah.. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan ALLAH SWT...Masa suntik tu jururawat tu siap bagitahu dan tunjuk jumlah unit suntikan tu ialah 0.5 ml. Dia suruh sis tengok betul betul sebelum disuntik tu...hehe...yelah sebelum ni kan ada aduan yang hanya dapat suntikan kosong je...betul ke tu🤔
|
Selfie sebelum bergerak ke ppvmmu |
|
Tunggu giliran |
|
Alhamdulillah sudah. |
|
Ada adik tu, offerkan diri nak ambilkan foto kami.tqvm |
|
Sijil digital |
Alhamdulillah, masa dos pertama dulu sis lenguh sampai ke pinggang...tp kali ini ok pulak...Mr hubby pula tiada kesan apa2 pun selepas ambil kedua2 vaksin..hmmm relax jer dia.,😁..Begitulah kisahnya. Setakat ni kes masih lagu begitu tinggi..apapun kita doa yang baik2 ke hadrat ILAHI agar segalanna berakhir suatu ketika nanti...aamiin ya ALLAH.. KAU SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI segalanya 🤲
Tiada ulasan:
Catat Ulasan