Ads

Ahad, 18 Julai 2021

Udang Masak Lemak Tempoyak

 Assalamualaikum dan salam sejahtera warga maya..  Musim durian masih lagi ada ni...sis beli durian dan durian yg abah tanam tu kebanyakannya rosak tapi dalam rosak tu ada bahagian yang boleh dibuat tempoyak... Semalam sis buat resepi udang masak lemak + tempoyak...Memang sedaplah...anak2 sis siap memuji lagi...


Bahan-bahannya:
Udang 1/2 kg
Kunyit dalam 2 inci..kisar dengan cili padi
Cili padi kecil2 tu dalam10 biji klu nak pedas tambah lg
Daun kunyit 3 helai dihiris nipis
Santan 1 kotak 200 ml
Serai 1@2 batang
Tempoyak 3 sudu besar
Sedikit garam, gula, dan serbuk perasa
Air sedikit

 Cara- caranya:
1. Panaskan kuali... leburkan bahan kisar cili dan kunyit...
2. Bila dah mendidih masukkan tempoyak, hirisan daun kunyit dan serai yang dah diketuk.
3. Kacau hingga sebati... Pabila agak mendidih, masukkan udang yang telah dicuci bersih. Masukkan sedikit air jika tak suka pekat sangat.
4. Masukkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa..kacau lagi hingga sebati.
5. Masukkan santan dalam 5 minit kacau boleh tutup dah. 

Tempoh memasak lauk ni dalam 20 minit je. Tapi sedaplah makan dengan ikan kembung goreng yang garing2 tu. Mr Hubby pulak suka makan dengan  budu campur tempoyak cicah dengan petai...bertambah dia makan..huhu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam