Ads

Jumaat, 16 Julai 2021

Majlis Khatam Quran dan mesyuarat sebelum cuti sekolah

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga maya... Terima kasih kepada sesiapa yang tersinggah di blog sis ni. Hari ini  Panitia Pendidikan Islam sekolah sis telah mengadakan Majlis tadarus dan khatam Alquran sempena bulan Zulhijjah...secara google meet...pukul 7:30 pagi jumaat yang berkah.

 
Kami dah pilih juzuk memasing sebelum majlis..Ada dua kumpulan dan hampir semua guru telah terlibat dalam program ni... Sis kumpulan A dan telah memilih juzuk 29...Alhamdulillah segalanya telah berjalan lancar.. tahniah sis ucapkan kepada  ketua panitia pendidikan Islam yang telah menganjurkannya dengan baik..

Dalam pukul 9 pagi sesudah sis siapkan abah sis makan pakainya ..dan bekalnya sebelum pi dialisis...sis pun bergerak ke sekolah..rumah sis di Lendu Alor Gajah, sekolah sis di Paya Rumput kawasan Melaka tengah dalam 10-15 minit perjalanan je...masa pi x tempuh road block..tapi masa balik kenalah menghadap...tapi sis dah ada dokumen perjalanan dari sekolah..kira xdop masalah lorr. ... Sis  pi sekolah nak sebenaunya nak siapkan modul dan buku2 tulis yang nak diserah kan kepada ibu bapa anak2 murid sis....cuti nanti... Slps cuti kan masih pdr ..sis dah sediakan modul pdpr bagi math dan seni....untuk kelas2 yang memerlukannya nanti...dalam pukul 1 setelah letak dalam gerobok modul sis pi beli nasi goreng untuk abah dan along dan adik yang tak puasa..sebab sis dan angah serta akak dah dua hari puasa... Sis dan kakak Dina buat puasa ganti  dan angah Daniel puasa sunat. Ok berbalik kisah tadi, selepas beli nasi sis singgah rumah sis di Taman BJ di kawasan Cheng...Sunyi benar kawasan tu sebab jauh dari kawasan jalan raya... Terkenang pulak sis membesarkan anak2 selama 18 tahun di situ...sehinggalah mak meninggal dan selepas itu abah jatuh sakit yang agak kronik Maka .berpindahlah kami beramai2 ke pulang ke kampung ..hehe..
Gerobok untuk modul dan bukunikut kelas

Menyiapkan buku-buku yang ingin dipulangkan.


Susun dalam almari..


Buah-buah ni bawak pi sekolah bagi kenkawan makan

Ni pulak laksam sedap yang kak Z ...rakan baikku di sekolah kirim buatku...boleh buat berbuka puasa nanti.

Rumah taman Di BJ Cheng.

Masa sis sedang menunggu di rumah BJ sementara nak ambil abah HD...abang sis telefon kata nak tolong ambil...laa awat tak habaq awai2...Waktu tu dah pukul dua dah..😔 Klu sis tahu tadi dah balik rumah kampung terus... Tapi sis redha jelah.. pukul 2:45 petang karang ada meeting dengan pentadbir dan rakan2 guru skpr pulak... Sesudah solat sis terus balik. Masa lalu kat roadblock...polis wanita yang comel lambai2 tangah suruh gerak je ..takde pulak dia tya apa...hehe....sampai je di rumah terus buka laptop untuk join meeting sekolah secara GM . Sambil2 mendengar pesanan dan ingatan GB sebelum cuti...sis baring2...penat yang amat hari ini..
Meeting sebelum cuti... Banyak amanat yang diberi..

Adindaku Ain Farhana dan Zainab...nak pindah sekolah sedih amat pulak...dengarlah ucapan pendek mereka...siap ada pantun lagi dari Zainab..kreatif si Zainab ni memang terserlah di mana2 aje.
Masa meeting abah sis dan abang pun sampai..sambil meeting siapkan makanan dan minuman untuk merekameeting habis dalam pukul 4 petang..selepas tu terus ajak along angah kakakak dan adik petik buah rambutan, dokong dan buah manggis untuk abang sis...siap bagi makteh depan umah sikit...wey penat nyo...dah siap semua urus buah2 tadi tu sis masuk mandi, solat dan terus rehat...makanan untuk berbuka dah ada dah tak perlu nak masak lg...selamat dah sis satu perkara...pergh panjang lebau cerita kehidupan sis pada hari ini...yelah nak buat kenangan sis nak baca di masa hadapan...insya ALLAH kalau umur panjang...doakan ye..kawan2..



 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam