Ads

Isnin, 24 Mei 2021

Aktiviti Menggambar - Teknik Resis

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga maya. Semoga dalam keadaan sihat walafiat. Hari ini, sis buat  aktiviti Seni Visual untuk anak murid sis. Hari ini aktiviti menggambar dengan menggunakan teknik resis. Apa itu resis? DEFINISI RESIS Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Apakah media yang digunakan? Bagaimana menghasilkannya? Cuba lihat di bawah.

 Bahan-bahan dan alatan:
Kertas lukisan (separuh sahaja)
Warna air Buncho
Warna krayon Buncho
Berus lukisan dan span
Palet
Pensel 2B
Air untuk bancuhan warna secukupnya
         Mula- mula sediakan bahan yang diperlukan

Buat lakaran buah epal dan oren di atas kertas lukisan.

        
      Tindihkan lakaran dengan warnaan krayon.

 Bancuh warna air hitam@ warna gelap dengan air secukupnya.

 Sapukan di atas permukaan kertas lukisan tadi. Kita akan nampak dengan jelas bagaimana warna krayon@ lilin menolak warna basah atau sebaliknya.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam