Alhamdulillah hari ini dapar hasilkan lagu dua buah video pembelajaran untuk murid tahun satu. Sis tak kreatif so simple je...video tu...nanti sis belajar lg untuk memperbaikinya.. in sya ALLAH.
Sesungguhnya hidup di dunia ini sebuah persinggahan yang sementara. Semoga kita sentiasa menambahkan keimanan kita hanya untukNYA......... Ruangan ini adalah sekadar luahan rasa seorang manusia biasa...yang semuanya serba-serbi kekurangan...Jika tersalah diri ini berbicara maafkanlah hamba....
Ads
Khamis, 29 Julai 2021
Bacaan Surah Yasin Warga SKPR❤️
![]() |
Alhamdulillah Dos ke2 Vaksinasi❤️
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga maya. Semalam 28 Julai 2021, sis dan suami dah berjaya lengkapkan dos ke dua vaksin jenama sinovac. Desas desus mengatakan nanti ada dos ke 3 lah pulekkk.... Tapi kalau ada pun sis pergi jelah ..ikut jerlah saranan KKM. selagi ALLAH bagi peluang hidup ni..sis usaha jelah. Apapun jodoh maut semua ALLAH SWT dah tentukan...semoga segalanya dipermudahkan...aamiin...Berbalik kepada vaksin yang diperolehi, sis dan mr hubby mengambilnya di PPV UNIVERSITI MULTIMEDIA BUKIT BERUANG MELAKA... Janji temu pukul 12:00 tgh, tapi kami dah sampai dalam pukul 11:45pg kat situ...Dapat waktu temujanji tu pun selepas pdpr tamat. Masa sis pergi pun sibongsu sis sedang ber google meet dgn ustazahnya untuk sesi Kem Bestari Solat. Pesan macam2 dengan dia sebelum pi tu...hehe..jangan nak main game lah pulak. Kakak pulak tolong pantaukan ya. Sampai di ppv orang dah ramai jugak, Sis dan hubby terus pergi pendaftaran...ada tujuh checkpoint kena hadap. Tapi pusat ppv di sini dah susun dengan baik dan ia berlaku dengan pantas, lebih kurang 20 minit siap dah.. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan ALLAH SWT...Masa suntik tu jururawat tu siap bagitahu dan tunjuk jumlah unit suntikan tu ialah 0.5 ml. Dia suruh sis tengok betul betul sebelum disuntik tu...hehe...yelah sebelum ni kan ada aduan yang hanya dapat suntikan kosong je...betul ke tu🤔
![]() |
Selfie sebelum bergerak ke ppvmmu |
![]() |
![]() |
Tunggu giliran |
![]() |
Alhamdulillah sudah. |
![]() |
Ada adik tu, offerkan diri nak ambilkan foto kami.tqvm |
![]() |
Sijil digital |
Khamis, 22 Julai 2021
Video Birthday Nur Zara Adelia🎂🎉
Video kenangan hari lahir Nur Zara Adelia, Si bongsu sis 20 Julai 2021@1 Zulhijjah 1432h❤️
Cuba-cuba buat video untuk YOUTUBE
Selasa, 20 Julai 2021
Kenangan Minatku di Zaman Kanak2❤️
Selamat hari lahir Nur Zara Adelia🎂🎉
Sempena 10 Zulhijjah 1442h.... hari aidil Adha yang indah. Hari ini juga merupakan hari lahir Nur Zara Adelia Binti Hashim. Putri bongsu sis yang manja yang lahir pada 11 Ramadhan 1434H bersamaan 20 Julai 2013. Hari ini merupakan 8 tahun genap usianya. Alhamdulillah, kerana ALLAH SWT telah memberikan kesihatan yang baik kepadanya. Semoga Zara menjadi insan yang mulia, berbakti kepada masyarakat sekeliling dan taat kepada perintah ALLAH swt selalu..Aamiin.
Salam Aidil Adha 10 Zulhijjah 1432 H
![]() |
Sumber gambar: Google |
![]() |
Rendang ayam pencen |
![]() |
Kuah lodeh pon tak cukup bahan..sebab tak membeli belah pun..pakai ajer apa yang ada dalam peti sejuk.. |
![]() |
Nasi goreng.. sebab semalam banyak nasi tak habis.. |
![]() |
Sambal tumis ikan bilis |
![]() |
Ketupat palas segera...adikku Si Ninie bagi..alhamdulillah. |
Tak lama lagi nak masuk tahun baru 1 Muharam 1443 hijriah dah pada 10 Ogos 2021 nanti...
Isnin, 19 Julai 2021
Doa ARAFAH🤲
![]() |
Sumber gambar: Google |
Tag orang-orang yang anda sayang
Dikongsi dari whatsapp group:
DOA ARAFAH - Hari ini, 19/7/21 Rebutlah satu jam ini
Assalamualaikum. Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah saudara-saudaraku dan sahaba-sahabatku dari neraka. Kurniakan mereka hidayahmu.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku kepadaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku kepada keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28 Ya Allah lindungi kami dari iblis, syaitan dan jin. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil sehingga kami dewasa.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kequfuran, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
32. Ya Allah tamatkanlah segera wabak Coronavirus Covid 19 ini agar kami dapat kembali hidup seperti sedia kala bekerja, beribadah di masjid, menyambut hari raya, berjumpa ibu bapa dan keluarga.
🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕
In sya Allah . Hari Arafah bagi tahun 2021 jatuh pada 19/07/2021 mulai jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah).
SEMOGA SEGALA DOA DIMAKBULKAN ALLAH YANG MAHA KUASA.AAMIIN
Untuk doa yang paling mustajab bagi kita yang berada di Malaysia adalah dalam waktu solat Asar jam 5.21 petang hingga jam 6.21 petang. Rebutlah 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita angkat doa ke langit Allah. waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. Selamat Beribadat!
Aamiiin...🌹
Ahad, 18 Julai 2021
Durian IOI dan durian kahwin❤️
Masa balik dari ambil abah HD, sis dan mr hubby singgah beli durian di Cheng, Melaka ..Sis nak cari IOI sebab itulah kegemaran sis... Bulan Jun itu hari ada beli sekali RM18 sekilo di kawasan kampung sis... Tadi beli RM15 sekilo...sis beli hampir 12 kg...banyaklah jugak isi yg dapat..Alhamdulillah... Durian kahwin pon sis ada beli 3 biji RM50...rasanya lepas ni tak beli lagi dah... Dah puas sangat makan tadi...takut macam2 penyakit pulak dapat😭
![]() |
Ni beli tempohari..memang terbaik..hanya di kebun Ah Keong Kg Bukit Hantu, Lendu Alor Gajah, Melaka.. tiap2 tahun memang sis beli di sini. Sebabnya..memang fresh dari kebun...😍 |
![]() |
Ni baru beli tadi IOI dan durian kahwin. |
![]() |
Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon
Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini Sudut Nilam

-
Soalan-soalan peperiksaan teori Pendidikan Seni Visual... Sekadar berkongsi... Soalan Teori Tahun 1 http://www.slideshare.net/ma...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini sis menjalankan pengajaran pembelajaran di rumah (Pdpr) untuk 4 kelas matematik dan 2 k...
-
Hari tu masa datang Penang sempatlah aku singgah di IPGM KPP..yang dahulunya dikenali sebagai M4P...Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pina...