Assalamualaikum, salam hormat semua. Kali ini Sis nak berkongsi lg resepi kuih muih, iaitu apam pisang. Memandangkan itu hari pisang sis yang banyak ALLAH rezekikan, so selain cekodok dan lepat pisang, sis buatlah apam pisang agak mudahlah resepinya. Malas nak cakap banyak..lihat resepi di bawah ya. Resepi itu pun sis ceduk2 dari resepi blogger lain... Sis cuba dan menjadi.. Alhamdulillah.. Terima kasih yang mengongsikan resepi ini. Sis pun x ingat dari mana ambil ya..huhu..sis doakan moga murah rezekinya.aamiin..
|
Yang sis buat...kawan-kawan kata sodap.. |
Bahan-bahan:
- Tepung gandum (1 1/2 cawan)
- Gula (1 cawan)
- Minyak masak (1 cawan)
- Pisang lenyek 1cawan (pisang yang sesuai mcm pisang emas)
- Susu manis (1 sudu besara)
- Telur (1 biji)
- Serbuk penaik/baking powder - (1 sudu kecil)
- Soda bikarbonat (1 sudu kecil)
Cara2 membuatnya:
1. Adunan basah: Kacau telur dan gula sehingga kembang, dalam 10 minit. Kemudian, masukkan minyak masak, pisang. Pukul sehingga sebati selama lebih kurang 15 minit sebab sis pakai senduk kayu jer. Kira sakit jugak tangan sis memukul ketika itu.
2. Adunan kering: Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
3. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.
4. Masukkan adunan dalam acuan sebanyak 3/4. Guna acuan apa pun boleh.
5. Kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakkan air masuk ke dalam adunan. Apabila sudah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2 minit, baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sikit baru keluarkan dari acuan.
6. Boleh dimakan pada waktu pagi atau petang, atau bila2 sahaja. Nyum..nyum..sodap ea😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan