Ads

Jumaat, 5 Mac 2021

Menghadapi Pembukaan Sekolah 1 Mac 2021

 Dah seminggu sekolah dibuka bagi tahun 1 dan 2. Memang agak sibuklah kan. Sis ni memang guru kelas sampai pencenlah jawabnya. Dah 23 tahun mengajar, sekalipun tak pernah tak jadi guru kelas. Tambah lagi jadi guru kelas tahun 1. Macam-macam karenah anak-anak kan. Pembukaan baru baru ni juga, memang sekolah kami betul2 ikut sop yang ketat seperti yang disarankan oleh pihak KPM. Ibu bapa hantar di pintu pagar je. Lepas tu sila balik ya. Tahun ni takdelah budak beriya-iya menangis. seperti tahun-tahun sudah, yang mana adanya drama murid melalak-lalak. Takmo berpisah dgn ibu ayah nya.. Alhamdulillah, pandai anak-anak tahun 1 berdikari. Yang ada sedih tapi idoknya dia beriya sangat.


Minggu hadapan tahun 3, 4, 5 dan 6 pula akan naik. Semoga dipermudahkan urusan guru-guru dan anak-anak sekelian. Harap kekallah pdp bersemuka. Sis takmo dah pdpr. Sis tak puas hati mengajau mcm gitu. Sis nak jumpa anak-anak secara realiti bukan virtual. sis tak reti. Sis konservatif orangnya.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam