Ads

Selasa, 16 Februari 2021

RESEPI LEPAT PISANG MUDAH KAK C'ZA

Assalamualaikum wbt. Bersiaran kembali. Hari ni kak c,za ingi berkongsi resepi arwah mak akak iaitu lepat pisang. Memandangkan di belakang rumah abah akak ni ada pokok pisang, tetiba pulak berbuah. Jadi bila dah masak setandan, apa lagi ko nak buat selain cekodok, kek pisang atau apam pisang, inilah kuih yang menarik dan sodap. Cubalah, kalau tidak menyesal😜

RESEPI LEPAT PISANG MUDAH 

Bahan-bahannya:

6 cawan pisang lenyek

4 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung beras

1 1/2 cawan gula

2 cawan santan (1 kotak santan +air)

2 cawan kelapa parut putih(kak tak letak sbb malas nak parut kelapa..huhu)

*Bahan-bahan di atas menghasilkan dalam 30+ lebih bungkus lepat pisang.

Cara-cara membuatnya:

1. Ambil pisang belakang umah atau beli lah pisang yang sesuai untuk buat lepat. Lenyekkan pisang tu       dulu sampai ko puas hati...hehe

2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gula santan dan kelapa parut putih kedalam pisang lenyek tersebut. Satukan dan gaul sampai sebati. 

3. Ambil daun pisang, layurkan atas dapur gas depan belakang. Potong daun tersebut ikut kesesuaian dan letaklah dalam 2@3 sudu adunan pisang tadi tu ke atas permukaan daun pisang. Kemudian lipatlah cecantik. Macam bungkus nasi lemak tu. tapi ini leper jelahkan.

4. Panaskan pengukus yang telah diisi air. Agak-agak air dah menggelegak letak bungkusan dalam pengukus. Kukus dalam 15-20 minit. Insya ALLAH memang sodap lah tu hasinya.




ini dah masuk peti ais jadi hitam permukaannya.. xpe kasi gaul, jadi putih balik

Letak atas bungkusan daun pisang. Bungkus cecantik.. Akak pya tah hapa2

Masuk dalam pengukus
Inilah hasilnya dalam 30 bungkus jugaklah hasilnya..nyum...nyum




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam