Ads

Jumaat, 5 Februari 2021

Masya ALLAH sudah lama diri ini menyepi di sini...di zaman Covid-19 menyerang baru ku tersedar diri..

 Ya ALLAH... lamanya tidak berblog... adakah ada insan yang masih membaca blog di zaman ini.. sis dah bertahun nak buka blog ni tapi tidak berjaya kerana keupayaan masa dan tenaga yang semakin berkurang. Sis masih seorang guru biasa yang sudah berusia pertengahan 40 an. Seusai 13 tahun nanti baru sis akan bersara dari bidang pendidikan ni... Udah penat rasanya mendidik di zaman yang penuh mencabar ini. Walaupun begitu sis berazam tidak akan sekali mengalah hinggalah ke titik noktahnya suatu ketika nanti. Insya ALLAH..sepanjang kehidupan sis sebelum ini banyak kenagan suka duka yang dihadapi tetapi tidak akan memutuskan semangat sis untuk terus hidup berbakti kepada orang di sekeliling insya ALLAH.. aamiin

Gambar 2020 selepas berlakunya pandemik Covid-19 bermula hujung 2019 di Wuhan China, hingga merebak ke Malaysia awal Mac 2020, sekolah ditutup beberapa bulan ketika itu dan dibuka pada awal Jun 2020 jika sis tak silap.. Rakyat Malaysia ramai yang terjejas hingga ke saat ini. Ekonomi semakin merudum dan ramai kehilangan pekerjaan....Bukan di negara sahaja...begitu juga negara luar...Hingga kini masih belum bernoktah lagi virus ini terus menyerang sebilangan rakyat Malaysia. Ya ALLAH hentikanlah penyebaran virus ini...



Rindu anak-anak ni. Udah lama yaa tidak ketemu 

Beratur ikut SOP ketika membeli makan

 












Rindunya mereka...

Sampai di sini dahulu untuk ketika ini...ada masa sis akan simpan kenangan di sini lagi..Insya ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam