Ads

Jumaat, 5 Februari 2021

C'Zara Homestay @ Krubong Perdana Melaka



 Assalamualaikum.. Apa khabar semua.. sis doakan kita semua dalam rahmat ALLAH SWT sentiasa hendaknya. Kat bawah ada sebuah rumah..Jenis banglo jugaklah(mini)...sis dan suami kongsi beli rumah ni dalam tahun 2008... Sis tak pernah menetap di sini...sebab masa tu sis dah ada rumah dah di Cheng (double storey-terrace). Sis beli sebab ia dikatakan murah pada ketika itu berbanding dengan keluasannya.... Dalam RM159k@169k  sahaja dengan keluasan tanah 50x80 meter persegi. Ramai rakan sejawat satu sekolah sis beli jugak.. Abg sulung sis pon sama beli kat sini kerana harganya murah ketika itu. Kalau dikira sekarang mmg sekali ganda harganya...Awalnya dalam 10 tahun gitu  jugaklah beli tak buat apa2..sampai lalang pon hampir sama dengan pagar rumah.. Jiran sebelah pon dan ada mesej bagitau risau..takut ulau..binatang berbisa ada kat ctu..Berbahaya jugakkan... Then sis berbincang dengan suami sis untuk buat sikit2 renovation kat situ..memandangkan rumah pon dah lama banyak kerosakan yang telah berlaku... Memang pening lorr..sebab sis dan suami pon takdak lah menyimpan sangat...hutang rumah 2 biji kete dua biji.. masa tu...dengan anak pon dah bertambah...nak sekolah lg...kan..sis buat sikit-sikit renovation dari tahun 2018 sampai 2020 siaplah jugak..walaupun taklah semenggah sangat... Kalau saudara mara datang memang sis hantor ke sini jer... tapi xdaklah ramai yg datang lagi😅.. Sekarang sis terpikior nak buat homestay ni dan open kepada org luar yang datang Melaka nak menginap semalam dua di sini. Itulah tak tahu ada ke yg nak menyewa kat sini..kikiki

 @Taman Krubong Perdana Melaka
Rumah sis adalah jugak barang-barang asas dan keperluan tempat tidur..memasak..bersantai2..bolehlah kan
Bilik ketiga

 Master Bedroom
Dapur yang sederhana 




Bilik kedua 





Ruang Tamu


Master bedroom

Bilik ke tiga..


bilik air kedua sebelah dapur

Dalam keadaan pandemik mcm ni mmg idoklah ada yang nak menyewa walaupon semalam dua..tengoklah jika ditakdirkan pandemik ni berakhir..insya ALLAH ada lah kot...doakan sis ya..



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam