Selasa, 16 Ogos 2011

16 Ramadhan 1432h

MasyaALLAH panas betul hari...dugaan....puasa..Rasa tak larat...balik jer sekolah terus .start' enjin kereta...balik...Anak-anakku ku tinggalkan kerana mereka bersekolah agama...semalam dah ponteng..ikut aku pergi butik beli baju raya diorang.. huhuhu..asyik memonteng jer bulan puasa ni..kata hubbyku...Aku kesian mereka puasa penuh setakat ni..aku beri kelonggaran..ustazah diorang pun tak kisah...

Setakat ni baju raya anak dah separuh beli dah, along dengan angah baru beli t shirt seorang sehelai, seluar seorang dua helai dan baju melayu seorang sepasang jer..Itupun dah terbang hampir RM300..tinggal nak belikan T-shirt seorang dua helai lagi, manakala yang perempuan pulak baju kurung dua pasang, tshirt dan seluar baru 3 pasang pun hampir RM200...baju kecik jer tapi pergh..mahal giler..org kata...Harga sekarang...huhuhu..Aku yang hidup sederhana ni bolehlah jugak membeli-belah dengan kesyukuran..Tapi aku tak dapat bayangkan bagaimana orang yang hidup lebih susah daripada aku..Mesti anak-anak diorang tak berganti baju..pakai aper yang ader jerlah..huhu...insaf aku...Aku benar2  amat bersyukur..Walaupun aku tak berapa nak hebat cara hidupku..tapi aku ngan anak-anak belum pernah kebulur lagi seumur hidupku..Segala Puji Bagi ALLAH...yang memberi segala kenikmatan ini...Terima kasih dengan segala pemberian dan pinjaman dari Mu YA ALLAH....Tuhan Yanag Agung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini