Ads

Jumaat, 26 Ogos 2011

Resepi Udang Masak Tempoyak

Entry kali ini ingin kuselitkan resepi kegemaranku iaitu  Udang Masak Tempoyak..Resepi ini aku perolehi daripada www.myresepi.com..setelah ku cuba memang enak rasanya...kalau tak percaya cubalah sendiri..hewhe..

Sedapnya..Masa ni masuk untuk sahur..sedap kata anak-anakku.


Bahan-bahannya ialah:
Udang saiz sederhana 15-20 ekor(dibasuh bersih)
Kunyit hidup  (lebih kurang 2cm)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5-6 biji cili api (terpulang pada anda)
1-2 sudu tempoyak..(ikut anda)
Daun Kunyit
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara-cara membuatnya:
1. Kisar kunyit hidup, bawang merah dan bawang putih serta cili sehingga lumat. (kalau nak tumbuk pun
     boleh)
2. Tumiskan bahan-bahan tersebut ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Tunggu sampai naik bau...
3. Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa secukup rasa. dan yang penting ialah  tempoyak yang
     marvellous...Letakkan sedikit air .Kacau rata.
4. Kemudian masukkan udang yang telah dibasuh dan ditoskan.Kacau sampai sebati.
5. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
6. Tutup api dapur gas setelah  daun kunyit layu dan kuah menjadi pekat.

Silalah cuba ya..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam