Aku ingin berkongsi maklumat peristiwa yang menjadi sejarah peradaban dunia dan peringatan yang berlaku pada 17 Ramadhan iaitu terjadinya Perang Badar dan penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran). Dua perkara ini merupakan peristiwa yang sangat penting di dalam sirah nabawiyyah.
Copypaste drpd:http://mujahideen-islam.blogspot.com/2009/09/peristiwa-penting-di-sebalik-17.html
Seperti yang kita sedia maklum, perang Badar merupakan perang yang pertama dalam Islam. Ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah. Perang ini merupakan satu ujian keimanan buat orang -orang Islam. Angkatan perang umat Islam pada perang ini berjumlah 313 orang dan mereka berhadapan dengan musuh yang terdiri daripada kabilah kafir Quraisy yang berjumlah 1000 orang. Dalam perang itu, umat Islam telah memenangi perang tersebut dengan bantuan ALlah.
Bagi nuzul Al-Quran pula, ada khilaf di kalangan ulama' tentang tarikh sebenar nuzul Al-Quran. Namun, jumhur ulama bersepakat bahawa nuzul Al-Quran berlaku sebanyak dua peringkat iaitu:
1) Peringkat pertama adalah Al-Quran turun sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) pada malam Lailatul Qadar.
2) Peringkat kedua adalah turunnya Al-Quran secara beransur-ansur dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril selama 23 tahun dimana pada 17 Ramadhan, surah pertama iaitu surah Al-Alaq diturunkan.
copy paste:http://mujahideen-islam.blogspot.com/2009/09/peristiwa-penting-di-sebalik-17.html Terima kasih:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan