Ads

Jumaat, 26 Ogos 2011

Kek Coklat Moist kukus...

Hari ni ku punya entry asyiklah pasal makanan, sebab tak lama lagikan nak menyambut SYAWAL 1432H..sob..sob..sedih pulak nak meninggalkan RAMADHAN yang mulia...huhu..tulah asyik membincangkan makanan jer kat cni...untuk resepi di pagi raya nanti..(Bertuahnya orang Malaysia,makan pakai semua cukup..Ingat-ingatlah orang yang lebih susah daripada kita....huhu) Apapun segala kesyukuran kupanjatkan kepada Ilahi...di atas segala kurniaan yang hanyalah bersifat pinjam-pinjaman ini... Semoga segalanya adalah dari keredhaan mu Ya ALLAH...
Berbalik kepada resepi kali ini ialah resepi kek Coklat Moist yang resepinya telah diilhamkan oleh rakan pendidikku..Pn Hamidah Mohni..Kawanku ini memang pakar buat-buat kek ni..Terima kasih ya kak Midahku cayang ....semoga ALLAH akan sentiasa memberkati hidupmu..kakakku...


Tak cantik sangat tapi sedap tau....

Bahan-bahannya:
Bahan A
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh krim tartar
1/2 sudu teh soda bikarbonat
(bahan-bahan di atas diayak sekali)

Bahan B
1 ketul butter
4 biji telur
1 1/2 gula kaster
3/4 cawan susu cair
3/4 cawan air sejuk

Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul butter bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul bersama adunan tadi.
  2. Masukkan susu cair pula dan kacai sehinnga sebati.
  3. Setelah itu masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan A..Sambil itu, air pula..pukul sampai sebati.
  4. Setelahitu, sediakan loyang sederhana dan alaskan dengan kertas khusus untuk kek. (aku guna A4 jer). sapukan mentega pada lapisan kertas dan loyang tersebut.
  5. Kukus dalam periuk dalam tempoh 40-60 minit). (Kalau nak bakar,masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu).
  6. Setelah masak.. sejukkan dahulu...
Untuk Topping:
Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu tepung jagung
1/2 cawan gula

Cara-caranya:
  1. Bahan di atas di campur sekali dan dikacau sampai rata.
  2. Setelah sebati, masakkan ia di atas api yang kecil secara double boiling. Kacai sehingga berkilat.
  3. Tuangkan di atas kek yang telah siap di kukus atau dibakar. sapukan ke atas kek dengan rata dan cantik.
  4. Kemudian taburkan coklat urai atau badam. Terpulang kepada kekreativitian anda...
  5. Sesuai dihidangkan untuk minum petang dan di pagi raya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam