Baru-baru ni balik dari kenduri doa selamat salah seorang kawan di Tanjung Bidara, sempatlah aku, hubby dan kanak2 ribena ku menyinggah di Pantai Tanjung Bidara. Walaupun aku orang Melaka tapi jarang sekali aku beriadah di pantai ini. Aku dan hubby lebih berminat dengan Pantai Puteri di Tanjung Keling atau Padang Kemunting di Pengkalan Balak. Lagi meriah rasanya kerana ramai pengunjung yang memasang khemah-khemah kecil sambil bersantai-santai bersama ahli keluarga. Tapi sebenarnya pantai Tanjung Bidara ni juga menarik untuk kunjungan sesiapa sahaja yang suka menikmati angin pantai dan bermandi manda bersama keluarga. Silalah datang ke sini....
Batu-batu yang menghiasi pantai.
Pengunjung-pengunjung beriadah di tepian pantai.
Keindahan ciptaan Allah dapat dinikmati di sini.
Ramai pengunjung datang ke sini.
Wakaf yang terdapat di sini.
Taman permainan juga disediakan di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan