Ads

Jumaat, 13 Jun 2014

Santai @ Ocean View Resort Port Dickson

Cuti kali ni akak bersama keluarga hanya ke Port Dickson N.Sembilan.... Port Dickson bagi akak best sebab di pantai barat ni susah nak cari pantai yang yang landai dan panjang....Port Dickson mempunyai rangkaian pantai-pantai yang indah...Antaranya Pantai Teluk Kemang, Pantai Purnama,  Pantai Gemuk, Pantau Saujana, Pantai Tanjung Biru dan macam-macam lagi...akak pun dah tak ingat..

Mula-mula akak bercadang nak ke Terengganu tapi memandangkan Mr Hubby dapat cuti dua hari  jer termasuk ngan ari Ahad...Ahad dan Isnin jer..huhu ...maka terbatallah keinginan hati akak tuh...jarak yang agak jauh dari Melaka ke Terengganu memungkinkan masalah kekangan masa...chewwah...

Akak dan Mr Hubby  pun mula survey kawasan pantai barat ni...memandangkan cuti yang pendek maka, kita orang bersepakatlah untuk ke PD sahaja... Mr Hubby pun survey apartment yang ingin diinap untuk semalam...Banyak apartment penuh..seperti, Glory Beach Resort, Ilham PNB Beach Resort, Ancasa Beach Resort, Akar Beach Resort... Akhirnya jumlah satu aparment di Ocean View Resort yang terletak di Jalan Pantai Batu 9, Teluk Kemang...
Apartment 3 bilik dengan kadar RM290. ...Okaylah tukan...Mr Hubby booking secara online....

Esoknyer sebelum check in, kami gi lah dulu singgah makan-makan bekalan yang telah akak masak sebelum pergi tuh ..Kami memilih kawasan  di Pantai Purnama, yang tidak berapa jauh daripada kawasan resort...

Sampai di apartment dalam pukul 2;30 petang, besar jugalah seluruh apartment tersebut...bilik 3 dan bilik air ada 2 buah dan ada dapur serta tempat menyidai baju..tapi akak tak sempat pula nak ambil gambar...terlupa sebenaunyer..hehe

Dalam pukul 5:30 petang bawa anak-anak mandi kolam sampai kul 7:00 malam..Siap guard dari nepal ke myanmar jemput bebudak tuh suruh balik...akak tengok kat sini pekerja kebanyakkannya warga asing, Melayu ada nampaknya tapi yang handle bahagian registeration dan pejabat jer kot...


Malam tu sempat lah pergi Family Store kat bandar sebab..terlupa bawa ubat gigi...Kat aparment ni sabun, ubat gigi semua takder...terpaksalah pergi beli jugak..hehe...Banyak juga barang yang dibeli tu...dah macam2 kepala...masing-masing dengan keinginan masing2 terutamanya  ibu budak2 ni...hehe


Esoknya, takder aktiviti yang menarik dilakukan ..hanya bawa anak2 pergi sekali lagi ke kolam renang untuk mandi-manda...dah kat situ jer yang menarik minat deme semue..hehe..komain gumbira masing- masing terutamanya yang kecik tu.. Dia pun sama nak main air....hehe.. sampai 2 jam lebih dok main air...

Dalam pukul 11.30 kami pun bersiap sedia untuk check out...Setelah check out kami menuju ke Pantai Teluk Kemang untuk menikmati makan tengahari... Dalam pukul 1.00 tengahari kami bertolak pulang dan sampai dalam pukul 2.00 petang..hehe bukan jauh nau pun...

Bila dah sampai rumah perghhh lega...best sangat dapat duduk rumah...walaupun rumah akak tak secantik mana tapi ibarat kata orang 'Rumahku Syurgaku' ..kikiki...


Dibawah foto2 kenangan semasa berada di sana..



Di sekitar apartment Ocean View Resort Port Dickson














Pemandangan di Pantai Purnama Port dickson..Sungguh memukau...begitu indah ciptaan ALLAH..





Pantai ni dipanggil sebagai Pantai Purnama


Lasagna yang dimasak olehku sebelum datang ke sini..




Makanan yang dimasak dan dibawa dari rumah...

Mr Hubby sedang menikmati makanan




Kesayangan akak..hihi



Aksi anak2 akak yang manjo...uhuksss

Masa ni semua tak redi lagi..kiki

Senyum anak2...1..2..3..klik







Ini anak2 bersama Mr Hubby...hehe



Indahnya Pantai Purnama..PD







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam