Ads

Ahad, 29 Jun 2014

Biskut Dahlia

Semalam bersemangat akak mencuba untuk membuat biskut raya..tahun ni akak rasa macam nak buat sendiri..almaklumlah anak dah besar..kalau beli..dahlah mahal..habis kat diorang jer..x sempat nak bagi sebagai  buah tangan untuk mak dan mek apatah lagi nak dihidangkan kepada para tetamu..Pengalaman buat kuih tu adalah sikit2 semasa akak remaja dulu..hmm teringat dulu tolong mak buat kuih raya dah lama dah....sampai hangus pun ada..yelah...mak suruh jaga kuih...tapi akak asek mengadap majalah jo..hihi..dulu henset takde tulah mengadap jolah cam2 majalah...tapi mak pun dah tak brp sihat dah lho ni..akaklah kene ambil alih tugas ni..Tapi nak kata pandai bebeno tu idoklah..hehe..janji boleh makan dahlah..yer tak..kiki..

Semalam cuba buat biskut dahlia...memang berbaloi..sedap sangat..resepi sangat mudah dan ringkas ambil kat Group FB Resepi Ringkas..Memang best...terima kasihlah kepada rakan2 yang mengongsikan resepi tersebut...Akak buat dalam 3 telap...1 telap dan licin dah...walaupun agak kurang dari segi rupa... tapi memang sedap plak rasanya..hihi


Biskut Dahlia akak..hihi
Dah nak habess...
 Resepi Biskut Dahlia

600g tepung jagung
1/2 tin susu pekat
250 g mentega (akak guna Buttercup)
1 sk esen vanilla (ni akak tambah sendiri..xyah pun xpe)

Cara buat

1. Satukan mentega yang telah lembut dengan susu pekat manis menggunakan pemutar samapai sebati.
2. Masukkan esen vanillah..Putar lagi.
3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit. Putar sampat sekata.
4. Gunakan penerap biskut dahlia dan terap dengan kreativiti sendiri...keras tangan akak masa ni..maklumlah   guna penerap kat bawah ni.uhuksss.. yang berbunga tu...

5. Sebelum tu, sapu dulang pembakar dengan sedikit margerine.. baru terap kuih atas dulang tu yer...sesudah itu, bakar dengan suhu 160 darjah celcius dalam masa 15 minit setiap kali bakar...

Senangkan...Selamat mencuba...



2 ulasan:

  1. owhhhh mmg tabik toing-toing la pada yg reti membuat biskut... sbb tgn ni mmg x reti hu3

    salam Ramadan dear...

    BalasPadam
  2. akak pun tak reti..tapi resepi ni ringkas dan memudahkan...sekali cuba pulak menjadi..alhamdulillah..cubalah dik lia..hehe

    BalasPadam

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam