Ads

Khamis, 10 Jun 2021

Suntikan Vaksin Covid-19 Untuk Abah Dose-1

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga maya. Pada 3 Jun lepas, abah sis dah mendapat vaksin Dose 1 untuk Covid-19 di Oriental Melaka Straits Medical Centre. Abah ni pesakit buah pinggang dan memerlukan cuci darah @ hemodialisis. Jadi pusat HD sudah daftarkan abah dan rakan-rakannya untuk vaksin memandangkan mereka adalah golongan berisiko tinggi terhadap penyakit c-19 ni. Alhamdulillah, selepas suntikan hari tu, abah tidak alami sebarang gejala demam atau tidak sihat... Dia okay jer. Sehari sebelum pergi tu owner HD, Encik Sham dah pesan supaya abah makan panadol@soluble sebelum suntikan. Kawan2 abah pon okay kesemuanya. Abah dapat vaksin jenis pfizer. Insya ALLAH, 24 Jun ni dose-2 pulak. Harap semuanya dipermudahkan. Aamiin...Doakan yer sahabat sekelian😍🥰


Terima kasih kpd Mr Hubby tolong temankan abah. Alhamdulillah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam