Ads

Isnin, 19 November 2012

Kejayaan...

Semua orang memang mengimpikan kejayaan...sama juga seperti aku...Ingin berjaya dalam kehidupanku dunia dan akhirat...Anak-anakku pula  masih belum nampak lagi mereka  dalam mengejar kejayaan itu...Walaupun umur mereka sudah melebihi 10 dan 9 tahun masih lagi ku tidak nampak kelibat  untuk mereka inginkan kejayaan itu terutamanya dalam pelajaran ...Sedangkan aku terhegeh-hegeh dalam pencarian kejayaan untuk anak-anakku itu...Kadangkala aku mencari apakah kesilapan dalam diri ini  sehinggakan tidak dapat menyedarkan mereka itu dalam mencapai kejayaan yang diharapkan.....Mungkin mereka tidak faham atau masih belum mampu mencapai kejayaan itu...Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...
Melihat kejayaan anak rakan-rakan sungguh meruntun kalbuku..Bertuah sungguh mereka..Diharap anak-anakku akan sedar suatu ketika nanti tentang kemanisan mencapai kejayaan..Amin ..Semoga kejayaan juga akan mengiringi ku dan mereka nanti..Insya ALLAH ...
Credit drpd FB: Gambar penerima kecemerlangan 5A...Tahniah

Apapun..aku secara peribadinya ingin mengucapkan tahniah buat rakan-rakan pendidik tahun 6 Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Paya Rumput yang berjaya mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2012 yang baru berlalu...Seramai lebih 160 orang pelajar telah mengambil peperiksaan tersebut dan 36 orang berjaya memperolehi keputusan  5A...Walaupun cikgu tidak mengajar kamu di tahun 6,(ngajar maser tahu 1 jer), tapi cikgu amat berbangga dengan kamu semua...Semoga kejayaan akan sentiasa mengiringi disepanjang hidupmu...Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam