Dah lama rasanya tak menulis di blog kesayangan nih..Yelah sejak menghadiri kelas dan tuisyen math sana sini...maka tiada masa untuk update sebarang berita..Lagipun cuti kali ni taklah menarik sangat sibuk study nak periksa final lahkatakan....2 Paper sudah kulalui Sabtu dan Ahad lepas..Pergh..walaupun dah berminggu-minggu study tapi masih sukar untuk ku menjawab soalan peperiksaan itu....Tapi ku gagahkan jua untuk menjawab demi untuk lulus..Tak tahu pun aku bantai 'goreng' jua apa adanya..hehe..Alhamdulillah ...tinggal satu lagi paper English For Science and Technical...pada 30 Disember mendatang...Terima kasih kepada pensyarahku Tn Hj dan guru pembimbingku serta rakan-rakan iaitu En Hafizah dari SK Jasin..Guru Cemerlang Math Melaka yang diturunkan dari sekolah menengah ke sekolah rendah untuk menjadi pakar rujuk guru sekolah rendah....Rugi cikgu pakar cemni turun sekolah rendah...walaupun untuk menjadi pakar rujuk...Ontahlah...
Ni tak berapa hari lagi Mr Hubby dapat cuti dua hari untuk kami pulang ke Kelantan..Kesian Mek selalu tipon rindu dgn cucu-cucunya di sini..Lagipun katanya musim segala buah di sana...Huhu memang patut kami balik walaupun cuti Hubby tak panjang...hehe..tak sabau nak makan durian and manggis...Tapi kenalah berhati-hati makan....kalau tak hengat cam-cam penyakit tiba..Tul tak?
Lagipun sejak akhir-akhir ni aku tak berapa nak sihat sangat..Almaklumlah usia pun dah senja...Sabar jelah..Mak pun masih macam tu..Tak boleh berjalan lagi...Dah berbulan-bulan terlantar kalau tak di hospital, di rumah...Kalu kat rumah tu tak delah penat sangat berulang alik..tak macam hospital...Nak cari parking satu hal...nak jalan gi wad tu satu hal..komain jauh lagi...Penat woo..almaklumlah badan aku besar...cepat lotih..haha..
Sebelum exam haritu sempat aku bawa anak-anak pergi Ke Taman Rama-rama Melaka di kawasan Ayer Keroh..Itupun sebab aku dapat tiket free masa Taman Rama-Rama buat promosi kat sekolahdan lagipun bebudak asik merengek nak jalan almaklumlah bebujangku itu dah lama tak keluar jalan sebab berpantang kerana bersunat...Hehe yang kenit tu komain gembira lagi sebab dia memang suka binatang..Entah perangai siapa yang diikutnya...hehe...Perjalanan dari Cheng ikut highway ke Taman Rerama tu dalam 10 minit jer Masa pergi komain cerah lagi..sampai sana laaa..hujan plakss...Nilah orang katakan 'langit tak selalunya cerah' ye tak? Walaupun tiket free tapi kat dalam tu dijual segala-gala cenderahati dan permainan... Kopaklah juga duit Mr Hubby beli mainan sekali sekalakan...Tapi puas hatilah juga macam-macam haiwan reptilia yang kita orang dapat tengok...Geli-geleman aku dibuatnya...Bebudak ni cam rilek her...Kat bawah ada beberapa keping gambar sekadar buat kenangan..
Balik tu kita orang singgah di restoran jejantas Ayer Keroh makan kat sana..Ini untuk mengimbau kembali zaman percintaan silam..hehe..Masa bertunang pernah melepak kat KFC sini tgk kereta lalu-lalang kat bawah tu..
Sesungguhnya hidup di dunia ini sebuah persinggahan yang sementara. Semoga kita sentiasa menambahkan keimanan kita hanya untukNYA......... Ruangan ini adalah sekadar luahan rasa seorang manusia biasa...yang semuanya serba-serbi kekurangan...Jika tersalah diri ini berbicara maafkanlah hamba....
Ads
Selasa, 11 Disember 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon
Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini Sudut Nilam
-
Soalan-soalan peperiksaan teori Pendidikan Seni Visual... Sekadar berkongsi... Soalan Teori Tahun 1 http://www.slideshare.net/ma...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini sis menjalankan pengajaran pembelajaran di rumah (Pdpr) untuk 4 kelas matematik dan 2 k...
-
SKPR pernah jadi juara negeri Melaka dalam sukan ragbi ni tahun berapa aku tak ingat. Banyak kali jugaklah. Mula-mula aku tak minat permain...
bestnya..belum pernah sampai melaka lg.. insyaallah,suatu hari akn smpai sana..:)
BalasPadamsalam kenal dan follow sini 162