Ish..ish..Bengang betul aku ngan sistem online sppbs..Dah ler lambat loading.....asyik hang, lepas tu tgh syokk buat dia log out dengan gembiranya secara tetiba..Aku ni dah ler baran bertambah angin satu badan (sebab tu aku montel agaknyer..hehe)..Bila dah masuk pasword and log in nak pergi melangkau balik ke nama murid 36 daripada 40 tuh menunggu satu persatu berejam menunggu..berjanggut gue..hihi..server diorang ni sahlah paling lembab dalam dunia..Isk..isk..aku bukan apa ..aku banyak kerja lain nak buat ..Bangun kul 2, 3 pagi pun tak guna camtu jugak...Ni ha login balik pun keluar perkataan NO DATA RECEIVED...isk..isk.. YA ALLAH..permudahkanlah urusan hambamu ini....
Baru-baru ni buat streaming budak tahun 1..Adalah bagi pentaksiran..seakan-akan cam ujian jugak ...based on markah..Daripada markah itu...guru-guru berbincang dan meletakkan seseorang murid tu pada kelas mana...juga bergantung kepada band yang diletakkan sama ada daripada band 1-6, kecekapan di dalam kelas, hasil kerja, sikap, pergaulannya dan akhlaknya yang terpuji semua kami lihat secara pemerhatian menyeluruh.. Apabila anak-anak murid den yang kelas baik ni turunlah kelas ke kelas kedua...Apa lagi ramailah ibu bapa terperanjat anak depa yang pandai amat tu turun kelas...Ada yang anta mesej kat FB, telefon, sms dan datang ke sekolah jumpa aku..minta penjelasan...bertanyakan aku kriteria tentang kemasukan ke kelass pertama..Aku ni dahlah banyak kerja lain..asyik nak jadi jurucakap diorang ni..Tapi aku malas nak gaduh2..Sbg ibu aku faham perasaan mereka2 sebagai ibu bapa sudah tentulah, mereka nakkan yang terbaik untuk anak2 mereka...So, aku takdelah menyalahkan mereka tapi aku memang agak tertekan...Sistem KSSR aku rasa macam tak relevan seperti KBSR dahulu yg berorientasikan peperiksaan barulah nampak kelemahan murid di mana...kita boleh trace..Macam guna band ni memanglah boleh ..tapi kadangkala murid-murid lemah kita letakkan tahap menguasai atas bimbingan tapi dalam mengisi online takdelah kita isi murid tu pada ruang menguasai dengan bimbingan guru plakss...uhuks...penin..
Apapun sebagai guru cabok apalah kuasa aku..aku tgk dalam FB Kami Guru Malaysia banyak yang tak puas hati sistem ni..Emm..entahlah...aku ni kalu dah berduit, nak aje aku quit drpd bidang ni.Walaupun suatu ketika dahulu..inilah impian aku..Iaitu ingin menjadi seorang guru..Awal2 mengajar dulu aku memang suka sangat..rasa bangga jadi cikgu..tp sekarang pun cikgu cabok mcm aku ni pun orang tak pandang dah..Huhuhu sedihnya....
Sesungguhnya hidup di dunia ini sebuah persinggahan yang sementara. Semoga kita sentiasa menambahkan keimanan kita hanya untukNYA......... Ruangan ini adalah sekadar luahan rasa seorang manusia biasa...yang semuanya serba-serbi kekurangan...Jika tersalah diri ini berbicara maafkanlah hamba....
Ads
Jumaat, 9 November 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon
Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini Sudut Nilam
-
Soalan-soalan peperiksaan teori Pendidikan Seni Visual... Sekadar berkongsi... Soalan Teori Tahun 1 http://www.slideshare.net/ma...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini sis menjalankan pengajaran pembelajaran di rumah (Pdpr) untuk 4 kelas matematik dan 2 k...
-
SKPR pernah jadi juara negeri Melaka dalam sukan ragbi ni tahun berapa aku tak ingat. Banyak kali jugaklah. Mula-mula aku tak minat permain...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan