Untuk kuih berbuka hari ni...sis buat kuih ketayap...kebetulan tepi laman rumah buah kelapa separuh tua luruh...air dia sis simpan utk minum berbuka nanti...kat bawah ada penerangan cara membuatnya ya...
Bahan- bahan:
1 biji kelapa parut putih
1@2 ketul gula melaka..tgk saiz..klu besar..1 jaa
2 sudu gula merah@ gula pasir
1 cawan air
Garam secukup rasa
2 sudu besar tepung gandum
(Sis tak letak)
Untuk inti, sis guna kelapa yang belum tua sgt lagi dalam sebiji...sis parut...lepas tu panaskan secawan air dlm periuk kecil...dan ambil seketul gula melaka serta 2 sudu besar gula merah@ gula pasir....larutkan dalam periuk atas dapur gas...bersama dua helai daun pandan ..agak2 gula dah cair...masukkan kelapa parut dan sedikit garam....agak2 dan likat masukkan tepung gandum pula...kacau sampai sebati. Td sis tak letak tepung gandum tu..lupaaa..fungsi tepung gandum nak bagi lekat inti...dan tak berderai.....tp sis tgk ok jer..sedap jugak...Angkat dan simpan dulu untuk digunakan nanti..sekarang kita buat kulit nya pula ya...
1 cawan tepung gandum
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau ( jika perlu)
Cara buat:
1. Kisarkan santan dan daun pandan yg telah di potong kecil2 dalam blender. Tapiskan bahan kisar dan perah. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
2. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati.
3. Panaskan kuali. Guna api perlahan. Sapukan kuali dengan sedikit minyak.
4. Masukkan sesenduk adunan ke dlm kuali dan dadarkan adunan. Sis pakai non stick pan jer.
5. Biarkan kuih masak. Tak perlu balikkan. Cukup sekadar nampak dah masak. Angkat dan ketepikan. Sementara nak tunggu kuih di dalam kuali masak... Bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi. Dan guna skill sendiri untuk melipat dan menggulung kuih...dah siap...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan