Resepi ni asalnya daripada pelbagai sumber blogger masakan. Dioalah2 sendiri dan begitulah hasilnya...Terima kasih semua..
Bahan-bahannya:
1 tin jagung krim manis. (apa2 jenama)
1 tin susu cair (apa2 jenis ler)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastard
Cara-cara membuatnya:
1. Bancuhkan tepung kastard dengan air dan kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain sama.Kacau sehingga adunan sebati.
2. Masakkan adunan itu tadi di atas dapur gas dengan menggunakan api yang kecil..
Tunggu sehingga adunan menjadi kental dan berkilat.
3. Kemudian masukkan dalam bekas yang sesuai seperti talam atau loyang.
(akak guna bekas plastik jer)
4. Apabila puding udah sejuk, baru masukkan dalam peti ais. Setelah betul2 sejuk baru potong..
hmmm yummy..hehe..
Akak punya puding biasa2 jer..Langsung tak menarik tapi rasany boleh tahan..hmmm yummyy..
apalah yg ada pd rupa...yg penting adalah rasa..
BalasPadamsalam kenal & follow sini