2 cawan tepung gandum
2 cawan santan (akak pakai santan kotak 200ml + air)
2 cawan jus pandan (6 helai daun pandan, dikisar dengan 2 cawan air hingga hancur dan tapiskan)
1 cawan gula pasir
3 biji telur
2 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
Bijan untuk hiasan (akak tak letak sbb lupa nak beli)
sedikit pewarna hijau untuk mencantikkan warna kuih
Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar kecuali bijan .
2. Kisarkan kesemuanya sehingga sebati.
3. Sementara itu pastikan permukaan loyang telah disapukan dengan mentega.
4. Panaskan oven dengan bacaan 180 C
5.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan itu tadi.
6. Tabur sedikit bijan (akak tak buat ni sebab xde) dan bakar dalam masa 1jam atau sehingga masak.
Guna api atas dan bawah. Untuk 10 minit terakhir guna api atas sahaja.Ini adalah untuk menggaringkan permukaan atas kuih...
Hasilnya walaupun agak tidak menarik tetapi mendapat pujian anak-anak...hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan