Buat semasa cuti Tahun Baru Cina dan di bawa makan dalam perjalanan untuk pulang ke Kelate...
Kek coklat moise...bakar punyer..Setelah 'topping'
Resepi sahabatku kak Hamidah Mohni...Tq kak
Bahan-bahannya:
Bahan A
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh krim tartar
1/2 sudu teh soda bikarbonat
(bahan-bahan di atas diayak sekali)
Bahan B
1 ketul butter
4 biji telur
1 1/2 gula kaster
3/4 cawan susu cair
3/4 cawan air sejuk
Cara-cara membuatnya:
- Pukul butter bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul bersama adunan tadi.
- Masukkan susu cair pula dan kacai sehinnga sebati.
- Setelah itu masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan A..Sambil itu, air pula..pukul sampai sebati.
- Setelahitu, sediakan loyang sederhana dan alaskan dengan kertas khusus untuk kek. (aku guna A4 jer). sapukan mentega pada lapisan kertas dan loyang tersebut.
- Kukus dalam periuk dalam tempoh 40-60 minit). (Kalau nak bakar,masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu).
- Setelah masak.. sejukkan dahulu...
Untuk Topping:
Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu tepung jagung
1/2 cawan gula
Cara-caranya:
- Bahan di atas di campur sekali dan dikacau sampai rata.
- Setelah sebati, masakkan ia di atas api yang kecil secara double boiling. Kacai sehingga berkilat.
- Tuangkan di atas kek yang telah siap di kukus atau dibakar. sapukan ke atas kek dengan rata dan cantik.
- Kemudian taburkan coklat urai atau badam. Terpulang kepada kekreativitian anda...
- Sesuai dihidangkan untuk minum petang dan di pagi raya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan