Semalam 30 Mac 2012, genaplah 10 tahun kehidupan anakku Muhammad Nabil Farhan (Along) di dunia ini. Selamat ulangtahun anakanda...Semoga panjang umur dan murah rezeki..Dan belajar pandai-pandai tau...Walaupun masih tak fokus dalam pembelajaran...ibu harap awak akan terus berusaha hingga berjaya. Baru ni dapat nombor 2. Namun begitu, no.ke dua dari kelas ketiga ( ada 4 kelas untuk tahun 4)adalah tidak begitu baik..kerana peratusannya masih dalam kategori B. Sekolah SKPR adalah sekolah kluster kecemerlangan..Murid-muridnya juga hebat-hebat belaka...Sukar anakku yang tidak fokus ini mengejar mereka-mereka yang vass-vass gitu...huhuhu...kecuali dia berubah dan fokus serta yakin diri..Oleh kerana dapat no. 2 dia dan rakan-rakan lain (no.1,2,dan 3)dapat mengikuti rombongan ke Karnival Pendidikan Negeri Melaka pada 5 April nanti...