Baru-baru ni aku bersama Mr Hubby teringinlah makan nasi arab....Tapi kat Melaka ni aku tak tau nasi arab mana yang sedap...Sambil keluar naik kereta tu aku telefonlah Kak Liza kawan sekolahku yang pernah makan nasi arab kawasan Melaka nih...Dia kata dia tak tau lalu dia bagi hp kat suami dia..suami dia kata kawasan yang banyak restoran nasi arab ialah kawasan Bukit Beruang berhampiran dengan Universiti Multimedia..dia pernah makan kat Restoran Dima kat ctu....Apabila dah sampai kat kawasan tu memang sederet restoran nasi arab kitaorg jumpa tapi aku pergi kat restoran Dima tu jgk...aku tengok ramai bertul mat-mat Arab sedang makan kat ctu (hensem-hensem jugak mat Arab ni yer...harap suami tak baca statement ni hahaha..)..Minah Arab, aku tak nampak plakss....Rasanya budak-budak Arab ni student kat MMU situ..Tauke restoran ni pun orang Arab..tapi ada dua tiga orang pekerjanya budak Melayu kita.
|
Nasi agak kering...tak macam nasi minyak Melayu yang lembab dan lagi best...Ayam tu boleh tahan rasanya tapi stail arab...minyak kurang kot....tapi takper..kolestrol kurang sikit...hehe |
Nasi Arab yang aku pilih ni aku tak tau namanya..tapi dia letak atas talam dengan ayam ditengah2..Biasalah nasi arab memanglah camtu kan...Dulu teringat masa aku kecil di Pontian dulu kalau sekolah buat Maulidurrasul mesti bila tang jamuan ajer kita orang makan stail macam ni..dah jadi tradisi kat sekolah tu dan kawasan orang ctu...Tapi memang best bila dah berebut-rebut makan...jadi seronok pulak...rindu suasana tuh..uhukss
|
Teh ni adalah teh arab...sedap jugak. |
|
Pencucui pulut tah haper namanya...diperbuat daripada pisang yang dicampur tepung, madu, gula dan krim..hmm...mula-mula makan sedap...lama-lama jadi muaklah... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan