Ads

Ahad, 4 Mac 2012


Hari ni pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab dah bersiap-siap untuk pergi kelas dewasa OUM aku....Penat betul rasanya...Selepas hari semalam seharian membuat tugasan OUM yang pertama....Walaupun istilah cuti sabtu dan Ahad menjadi rutin hidupku pada setiap minggu, namun aku rasa aku tak pernah merasai kenikmatan cuti itu...Aku rasa kebanyakan orang pun macam tu..mungkinlah agaknya...
Mungkin cuti dan rehat sepenuhnya akan kita nikmati sewaktu kita sakit teruk atau mungkin sesudah kita mati nanti...uhuks..(YaALLAH panjangkan usia kita semua..AMIN)...
      Dalam kehidupan yang fana ni, tuntutan kerja  tak sudah-sudah, semakin hari, semakin bertambah...Kerja untuk cari makan kita, kerja untuk rumah tangga  kita, kerja untuk menambahkan ilmu kita, kerja untuk mendidik anak kita semua atas pundak kita...Kadangkala aku rasa give up dan rasa nak quit jer dari belajar atau berhenti jer kerja mengajar..Tapi bila difikir-fikirkan balik...rugi pulak...siapalah yang menanggung hutang piutang yang aku ada ni...hahaha..Jiwa aku pun memang tak boleh dipisahkan daripada mendidik anak bangsa..I Love to teach the humans.......Dan terima kasih ALLAH kerana menjadikan aku seorang manusia yang bergelar  guru atau pendidik yang nerusaha membina minda dan jiwa manusia ke arah positif...Aminn..Apapun ini hanyalah sekadar luahan perasaan..aku tetap akan teruskan perjuangan ini hingga ke akhir hayat...sebelum nyawaku diambil oleh malaikat Izrail..Ku akan terus berusaha hingga berjaya..Dan semoga ALLAH sentiasa merahmati dan membantu segala urusan kita semua..Insya ALLAH.....Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam