Ads

Jumaat, 28 Mei 2021

APC 2020

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...buat warga maya yang singgah di blog sis ni... Apa khabar semua? Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan dilindungi daripada wabak penyakit oleh ALLAH SWT... Semalam sis diminta  oleh Guru Besar sis melalui panggilan telefon untuk hadir ke sekolah  mengambil surat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2020...Ya ALLAH... sis amat terkejuttt...Guru besar sis ni pun x mengenali lagi siapa sis......susah dia nak.menyebut nama sis yang panjang berjela tu...memandangkan beliau baru bertukar ke sekolah sis ni...Sis adalah salah seorang daripada lima orang yang menerima APC  bagi tahun lepas. Alhamdulillah sis ucapkan...dah rezeki daripada ALLAH SWT...sis ucapkan ribuan terima kasih buat Guru Besar sebelum ini  dan pentadbir sekolah yang memberi kepercayaan kepada sis dan rakan2 untuk menerimanya... Ini adalah APC kedua buat sis...yang pertama dah lama amat sis terima dah iaitu pada tahun 2007 dan sis dapat di sekolah yg sama...apapun sis rasa bersyukur kerana dihargai. Sis akan terus menjalankan tanggungjawab sis dengan penuh keikhlaSan dan keazaman yang kuat untuk memastikan kemenjadian murid sis selaras dengan Program  Transformasi Sekolah TS25 yang  disarankan oleh KPM kepada hampir semua sekolah diseluruh negara kini. Sis pun sedang cuba berusaha memahami dengan lebih terperinci berkaitan program ini melalui pembacaan di internet.

Surat yang diterima semalam. Alhamdulillah
Ini pihak sekolah sediakan...tq






2 ulasan:

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam