Selasa, 11 Februari 2014

Bingka Jagung


Bakar dengan oven akak.. cemnilah hasilnyo..
Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan (akak pakai santan kotak 200ml + air)
1 tin jagung manis + 2 cawan air
1 cawan gula pasir
3 biji telur
2 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
1 sudu tepung kastard (kalau takde pun takper)
Bijan untuk hiasan
sedikit pewarna kuning untuk mencantikkan warna kuih

Cara membuatnya:

1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar kecuali jagung dan bijan.
2. Kisarkan kesemuanya sehingga sebati.
3. Sementara itu pastikan  permukaan loyang telah disapukan dengan mentega.
4. Panaskan oven dengan bacaan 180 C
5.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan itu tadi.
6. Tabur bijan di atas permukaan adunan secukupnya sebagai hiasan.(akak tak buat ni sebab xde)
7.  Bakar dalam masa 1jam. dalam oven. Tunggu sehingga masak.
    Guna api atas dan bawah. Untuk 10 minit terakhir guna api atas sahaja.Ini adalah untuk menggaringkan        permukaan atas kuih...

1 ulasan:

  1. sedap nyer... x pernah makan bingka jagung tp pasti rasanyer sedap..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini