Jumaat, 26 Ogos 2011

Resepi Rendang Ayam AG


Ini pulak rendang kesukaanku iaitu rendang ayam yang diwarisi dari emakku..Pn Hjh Mariah Md Isa..tapi masakan emak memang tak terlawan...aku punya sedap juga tp tak boleh celenlah mak den..from AG...kata hubbyku..huhu

Sedapnya..yuuhuu.tapi pedas sikit..kata hubby..



Bahan-bahan:


1/2 kg  ayam yang telah dibersihkan (untuk 4 orang makan)
1 cawan santan pekat
4 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
6 biji  cili padi
1 senduk cili kisar
3cm kunyit hidup 
2cm halia
4 batang serai yang dihiris halus-halus  dan dikisar lumat
2 helai daun kunyit yang dihiris halus-halus
2 sudu kerisik
Garam dan serbuk perasa, secubit gula


Cara membuatnya:


1. Kisar kunyit sehingga lumat, masukkan bawang merah, bawang putih, cili  
    padi dan halia ke dalam mesin pengisar...Kisar sekali lagi.
2. Panaskan  kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalamnya.  
    (tak perlu letak minyak) 
    Masukkan cili kisar sekali. Kacau sehingga sebati. 
3. Setelah itu masukkan ayam ke dalam bahan-bahan tersebut..Masukkan 
    setengah cawan  air.
4. Kemudian, masukkan serai yang telah dikisar...kacau lagi
5. Letakkan garam secukup rasa serta  sedikit serbuk perasa dan secubit gula.
6. Masukkan kerisik.Kacau hingga menggelegak.
7. Selepas itu, masukkan santan dan sedikit air...Kacau dan tunggu hingga 
    kuahnya hampir  kering masukkan pula hirisan daun kunyit...
8. Setelah kuah agak pekat tutup api daur gas...Sedia untuk dihidangkan...

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini