Selasa, 10 November 2009

Sedih........khilaf.........

Aku sedih sangat ari ni sebab tengok result exam anakku yang sulung. Memang tak ade peningkatan. Anak aku ni  masalah dia adalah tak ade 'focusing', baik masa belajar, atau dalam peperiksaan sama aje. Memang takde penumpuan. Buat kerja asalkan siap aje.Yang dia suka ialah main 'game' komputer atau 'repair computer' je.Apa aku nak buat itu yang dia minat. Aku malu dengan kawan-kawan yang mempunyai anak-anak yang pintar-pintar. Tapi bila aku fikir-fikir balik, mungkin salah aku juga. Aku pun tak ambil berat pasal pelajaran dia ni sebelum ni. Takpelah inilah dugaan hidup aku. Aku kena hadapi dan tangani masalah ini secara rasional.Sebelum ini, aku hanya pentingkan kesibukan diri aku je. Aku khilaf dengan apa yang dah berlaku. Yang lepas tetap dah berlaku. Aku nak pandang ke hadapan dan cuba jadi ibu yang terbaik untuk anakku. Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku menghadapi ujianmu ya Allah. Semoga aku berjaya menghadapi semua ini.  Mungkin juga ada hikmahnya disebaliknya. Aku juga bukan insan yang terbaik, tetapi aku mohon pada Mu ya Allah jadikanlah anakku berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.Insya Allah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini