Alangkah hibanya melihat hamba-hamba Allah ini. Namun mereka tidak pernah merungut. Kita yang serba mewah di bumi bertuah ini ingatlah tentang kesusahan orang lain dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Beringatlah saudara seagamaku, nikmat yang kita ada mungkin akan ditarik pada bila-bila masa sahaja.





Orang-orang kita patut ditunjukkan perkara-perkara yang semacam ini. Hidup senang dan lupa diri. Kita sepatutnya teramat bersyukur kepada Allah yang memberi kita rezeki yang melimpah ruah. Tetapi orang kita banyak yang lupa tentang perkara ini. Hidup nafsu nafsi dan penting diri. Suka menerima dan berat memberi....
BalasPadamYa, saudara ku. Saya amat bersetuju dengan apa yang saudara perkatakan. Mereka tidak ingat kerana mereka tidak pernah menghadapi kesusahan yang orang lain rasakan. Sedih dengan anak bangsa yang lupa diri...
BalasPadamSdr.
BalasPadamAlangkah indah dan makmurnya hidup kita di sini dengan kurniaan Allah yang melimpah ruah. Tapi kenapa masih lagi ramai manusia yang tidak bersyukur?