Ads

Sabtu, 15 Jun 2013

Konvoku...

Hari Ahad 9 Jun 2013 yang  adalah hari bersejarah dan kenangan manis buatku sebagai pelajar lanjut usia yang dah berjaya menamatkan pengajianku di OUM selama 4 tahun...almaklumlah PJJ...Aku lulus dengan cemerlanglah jugak..PGNK   3.52...Kami berkonvo di PWTC KL...Sewa hotel sebelah jer PWTC iaitu.. Sei Paific Hotel...sebelum tu berjalan sakan kat sana..di Masjid India dan sogo...habislah jugak beratus2 beli baju baby, tudung, kasut konvo, makan minum kat situ...ramai betul manusia kat situ...Parking kete kat Semua House lebih kurang 3 jam dalam RM12..pergh...yelah nama pun da KLkan...
Seronok jugak berkonvo ni yer...Memang happening...gembira melihat semua yang amek ijazah bersama keluarga mereka senyum tak henti-henti...gembira sangat...Tahniah untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang mengambil skroll aritu..

Kat bawah adalah gambar kenangan ku di KL, dan Putrajaya...

Bersama angah Daniel..hehe bam bamku..

Bersama Nina manja ibu...

Bersama Along Nabil...

@Putrajaya


Banyak betul org jual belon ni..Nina asyik jeling jer..huhu..Nak ler teww..

Rehat kat cni sebelum konvo..sblh jer PWTC..

Rehat kat Seri Pacific KL
Dah penat jalan ..beli air..


Angah berposing...Nina main longkang lakss..

Beli baju baby dan kasut konvo di Sogo tgh sale..

Cuba kasut yo anakanda dan kakanda..
@Putrajaya..Apa tah nama tempat ni ek..x  perasanlakss..



Berposing depan bangunan ...

Seri Pacific KL..meamng berbaloi..

Bergaya jap yo..jgn jelez..



Jalan-jalan cari penat...huhu














Cuti Pertengahan Tahun 2013

Walaupun cuti pertengahan tahun sudah berlalu..Inginku bercerita mengenainya...Masa tu Emak  masih di hospital..Apa nak buat ujian dari ALLAH untuknya...Mr Hubby pulak ajak balik ke kampungnya di Jeli Kelate...Aku dalam keadaan boyot ni serba salah juga...yelah mana nak tinggalkan emakku yang sakit lagi dan dengan ajakan si suami..namun memikirkan dah lama tak balik melawat ibu mertuaku yang juga da tak berapa sihat lagi..aku mengambil keputusan untuk balik ke kg suamiku..uhuks..23 Mei - 5.30 ptg...sesudah balik dari sekolah terus bersiap2 untuk bergerak pulang..Emak dan abahku memang da tahu..masa melawat da beritahu awal2...diorang pun suruh balik...Kami ikut jalan KL (MRR2)..memang jammed gila...almaklumlah bersaing dengan org baru balik kerja...2 jam kat kl jer...bila dah lepas daripada tol gombak tu..dah lega...kami teruskan perjalanan ikut Bentong - Raub -Kuala lipis -Gua Musang - Dabong- akhirnya sampai kat rumah kak ipar...(sebab mek kat situ) dalam kul 3.30 pagi... MrHubby memandu sorang jer...dia memang x kasi aku memandu...Aku pun x kisah..
Kita balik kampung tak lama dalam 5 hari...merayap sampai Kota Bharu...Gi Pantai Cahaya Bulan..kira sambut birthday girl (5 tahun)dan annversary aku dan Hubby yang ke 12 kalinya....di bawah adalah gambar2 bercuti ari tu...

Indahnya PCB KB
Sedapnya sotong and ikan kembung goreng tepung...
Bersusun cantik makanan bergoreng tepung..

Deme ni sibuk makan etok tak sedor kiri kanan dah...huhu..oit..makan tududukler..huhuh..
Seronoknya Nina...


ABC ada buah kabung ..sodap tuh..
Abes dah...huhu..konyang..

Masa nak balikMelaka..Nina sedih banget nak berpisah ngan toknyer..
Kenangan 27 Mei 2015 anak-anak bersama toknyer dan pok sedara  serta sepupunyer..




Jumaat, 17 Mei 2013

Emakku...

Dah hampir 2 bulan emakku dimasukkan ke hospital...aku juga berulang alik ke hospital hampir setiap hari...Agak penat..tambahan pula kandungan di dalam perutku ini sudah 8 bulan...Tetapi kugagahkan juga demi seorang emak...Apa lagi buaku yang oleh kulakukan..hanya membantu sedaya upaya yang ada...setakat makan pakainya...dan membersihkan apa yang sepatutnya kekotoran yang ada padanya...

Emakku telah dibedah pada bahu tangannya sebanyak 2 kali..Kali pertama dikatakan ada nanah dan darah kotor disitu dan tulang tangan terkeluar daripada tempatnya...wallahualam..aku pun bkn pandai sangat biologi dan atomi badan manusia...Kali kedua dikatakan...tulang tu tak kena pada tempatnya....Darah juga  dikhabarkan  kurang....bacaan diabetes juga tidak menentu...MasyaALLAH...Emakku menangis2 sakit..Aku hanya boleh menyabarkannya sahaja..Semua ini ujian YG MAHA ESA kataku...Harap emakku kuat.. Kasihan dia..

Abahku juga tak tentu arah hidupnya.....makan pakai semua diuruskan sendiri...Tambahan lagi dia berulang alik melawat emakku setiap hari..harap dia tabah... Aku selalu berdoa pdNYA agar mempermudahkan urusan kedua ibu bapaku dan ibu mertua yg amat dikasihi...semoga ALLLAH memakbulkannya..AMin

"Rabbighfirli waliwalidayya warhamhumakama rabbayanishagiran"

Ertinya: "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah serta ibuku,kasihanilah mereka sebagaimana kasih mereka padaku sewaktu aku masih kecil".



Selamat Hari Pendidik (Guru)...2013


Walaupun agak terlewat untuk aku mengucapkannya...Tetapi ingin juga  aku mengucapkan selamat hari pendidik atau hari guru kepada semua guru tadika, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, para pensyarah, guru silat, guru memasak, dan apa juga yang bersifat mendidik manusia berubah daripada tidak tahu kepada tahu di muka bumi ALLAH ini.......hehe...Kepada guru-guru yang telah mendidik ku selama ini dari ku kecil hingga ku bergelar guru..Semoga ALLAH jua yang membalas segala jasa anda dalam mendidikku..
Kepada guru-guru dan para pensyarahku yang telah pergi mendahului diri ini menemui ILAHI...Semoga ALLAH menempatkan roh kalian ditempat yang sebaik-baiknya di alam sana...

Terima kasih cikgu....

Selasa, 2 April 2013

Janji ALLAH pada kita...

sekadar hiasan...kawasan perkuburan Islam


Sebagaimana janji ALLAH kepada kita manusia antara makhluk  ciptaanNYA ialah yang hidup pasti akan mati...Tidak kira kita seorang yang hebat atau kuat pasti kita akan diambil olehNYA semula kerana kita adalah milikNYA yang hakiki...Begitu juga dengan makhluknya yang lain..Masti itu pasti..Hidup Insya ALLAH
Minggu lepas, terdengar lagi khabar berita suami sahabatku yang amat kukenali telah pergi meninggalkan alam yang sementara ini dalam usia 38 tahun...Aku mengenali Allayarham sementelah dia adalah pelatih yang sama maktab denganku, manakala isterinya pula rakan sekelasku di maktab dahulu...Beliau dikhabarkan ada masalah jantung dan tekanan darah tinggi... Wallahualam...Beberapa hari lepas beliau masih lagi memberi komen dalam wall FBnya...Itulah kita manusia tidak tahu tarikh kematian kita...Sampai masa tidak lebih atau kurang sesaatpun kematian pasti menjemput kita..Apapun alfatihah..kepada beliau...Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmati ALLAH SWT..
Semoga mati kita juga dalam keadaan kita beriman padaNYA lah hendaknya...Amin..

Selasa, 26 Mac 2013

Pergi tidak kembali...Alfatihah...

Semalam berita yang menyedihkan buatku ku terima apabila sahabat sependidikku kehilangan bayi tercinta yang baru dilahirkan... Tapi tak pulak aku tahu puncanya...Sebab dia terlalu sedih untuk menceritakannya...Aku pendam sahaja apa yang ingin ku ketahui..Sahabat aku ini sangat menjaga kandungan ketika beliau hamil...Namun ALLAH lebih menyayangi bayi dan ingin menguji setakat mana keimanan dan ketakwaan hambanya.... Harap sahabatku ini kuat dan redha dalam menempuh dugaan dan ujian daripada Tuhan.....Apa yang diujiNYA mungkin mempunyai hikmah yang tersembunyi dan kita sebagai hambaNYA yang serba-serbi kekurangan ini terlalu sedikit pengetahuan untuk memahaminya...Bagiku walaupun dilihat nampak begitu duka yang dihadapi oleh sahabatku ini...namun aku pasti keriangan dan kegembiraan akan menunggunya di akhirat nanti..Wallahualam..Hanya ALLAH sahaja yang MAHA MENGETAHUI...Amin...

Sabtu, 23 Mac 2013

sedetik lebih :: Anuar Zain Lirik

sedetik lebih :: Anuar Zain Lirik





I dedicate this song for Mr Hubby yang sentiasa berada di sisi ini sama ada susah dan senang.....Memberikan pengajaran tatkala diriku yang serba serbi kekurangan  leka dalam kehidupan di dunia yang fana  ini..Terima kasih juga kerana memberi semangat  dan dorongan kepada jiwa tatkala menempuh ranjau onak dan duri serta... menongkah arus kehidupan yang penuh liku...Semoga ALLAH SWT memberi  rahmat yang berpanjangan  dan rasa kasih dan sayang ini hingga ke syurga hendaknya..(semoga mampu menggapainya...)..uhuks..sedih bebeno rasanyer...

Namun begitu, apapun jua kasih dan rasa cinta yang wujud didunia ini, janganlah kita lupa untuk mencintai diriNYA serta rasul kita Nabi Muhammad SAW  melebihi yang lain...Insya ALLAH...kasih sayang dan rahmatNYA sentiasa di sisi kita semua....AMIN...


Sabtu, 2 Mac 2013

Kisah emakku..

Salam ukhwah  kepada.semua....dah lama aku meninggalkan blog ini atas kesibukan hal-hal duniawi....Beberapa bulan ni aku tak berapa sihat sangat....ujian ALLAH yang kecil...itu aku tak kisah sangat..yang aku kisahkan adalah kesihatan emakku yang agak buruk sejak akhir-akhir ini....Malam Jumaat 2 minggu lepas emakku dah dimasukkan ke hospital (dah masuk 2 minggu duk hospital) untuk kesekian kalinya akibat diabetes...kurang darah...tekanan darah...kegatalan..gastrik..dah tulang lengan yang terkeluar dari tempat asalnya (nak kena bedah tak ama lagi..huhu)..Darah 2 pain (plastik dimasukkan ke dalam tubuhnya) hari tu dah masukkan 8 pain..plastik..Akibat daripada itu, habis badannya dihinggapi dengan penyakit kudis yang agak parah..Sungguh menyedihkan..Aku menolong setakat mampu.... dan kadangkala aku juga tidak berdaya...(maafkan aku emak)..Dah macam-macam ubat dibeli dan diberikan kepadanya..Kegatalan masih ada..Mungkin akibat daripada kuman dalam darah yang tidak serasi dengannya...Apapun...doa aku kepada ALLAH agar semoga beliau cepat sembuh...Memula hari2 juga ulang alik ke hospital melaka..tapi dalam kesihatan yang tak menentu ni...jadi 2 hari sekali jer aku dapat menjenguknya...bawa makanan dan kemaskan dirinya, salin lampin dan sebagainya...Almaklumlah aku pompuan sorang dalam keluarga...sewajarnya akulah yang dipertanggungjawabkan dengan urusan ini dengan abah aku..huhu...Takperlah...dah tugas aku...Selalunya anak dara aku yang temankan gi hospital...Nasib baik ada anak dara ni...Setia betul dia temankan aku tak kira ngantuk ke penat ker...dia akan ikut...Sayang dia..hehe...biar dia tgk tanggungjawab anak pompuan camnokan...Apapun..apa kesukaran yang kuhadapi ini mungkin tak sesukar kesukarang orang lain..Maka bersyukurlah aku kepada NYA.....Adios.... Wassalam..

Kat bawah adalah pantai-pantai yang kami satu keluarga lawati masa cuti Thn BAru Cina tempohari... Sekadar penenang jiwa..Sebab aku suka pantai, ombak dan laut.... Hebat ciptaan ALLAH
Pantai Teluk Cempedak..Kuantan

Pantai Cherating....Pahang

Pantai Batu hitam Kuantan

Sabtu, 5 Januari 2013

Opick - Tiada duka yang abadi (With Lyric)



Kesayuan dan kesyahduan melingkari di kalbu insan yang serba-serbi kekurangan ini tatkala mendengan nyanyian ini...Sungguh menyentuh hingga ke lubuk jiwa yang paling dalam...Harapanku...ialah;.

"Semoga ALLAH mengampunkan segala dosa kita semua..Amin.."

Isnin, 31 Disember 2012

Tahun Baru 2013

Semalam final exam untuk paper terakhir sudahpun ku lalui dengan tenang...Alhamdulillah...Namun gitu dalam pada itu penyakit gastrikku masih lagi menyerang diri ini....Perit sangat...Mungkin ujian yang tidak seberapa dari Tuhan buatku...Untuk menguji tahap kesabaran ini disamping menghapus segala dosa-dosa kecil yang banyak yang ku miliki..uhukss..

    Esok merupakan tahun baru 2013...namun takder apa-apa yang menarik dengan kedatangan tahun baru ni...sama jer buatku....Yang penting kita buat yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan...sama ada untuk dunia mahupun akhirat...Insya ALLAH...

     Dalam menerima ujian kesakitan ini aku tetap bertahan, dan sering mengadu pada Tuhan, berzikir dengan namanya...dan memohon keampunan kepadaNYA sentiasa..Ku harap semoga ALLAH akan menyebuhkan diri ini  dan emakku yang sedang diujia olehNYA..Amin...

Selasa, 11 Disember 2012

Dah lama rasanya tak menulis di blog kesayangan nih..Yelah sejak menghadiri kelas dan tuisyen math sana sini...maka tiada masa untuk update sebarang berita..Lagipun cuti kali ni taklah menarik sangat sibuk study nak periksa final lahkatakan....2 Paper sudah kulalui Sabtu dan Ahad lepas..Pergh..walaupun dah berminggu-minggu study tapi masih sukar untuk ku menjawab soalan peperiksaan itu....Tapi ku gagahkan jua untuk menjawab demi untuk lulus..Tak tahu pun aku bantai 'goreng' jua apa adanya..hehe..Alhamdulillah ...tinggal satu lagi paper English For Science and Technical...pada 30 Disember mendatang...Terima kasih kepada pensyarahku Tn Hj dan guru pembimbingku serta rakan-rakan iaitu En Hafizah dari SK Jasin..Guru Cemerlang Math Melaka yang diturunkan dari sekolah menengah ke sekolah rendah untuk menjadi pakar rujuk guru sekolah rendah....Rugi cikgu pakar cemni turun sekolah rendah...walaupun untuk menjadi pakar rujuk...Ontahlah...

Ni tak berapa hari lagi Mr Hubby dapat cuti dua hari untuk kami pulang ke Kelantan..Kesian Mek selalu tipon rindu dgn cucu-cucunya di sini..Lagipun katanya  musim segala  buah di sana...Huhu memang patut kami balik walaupun cuti Hubby tak panjang...hehe..tak sabau nak makan durian and manggis...Tapi kenalah berhati-hati makan....kalau tak hengat cam-cam penyakit tiba..Tul tak?
Lagipun sejak akhir-akhir ni aku tak berapa nak sihat sangat..Almaklumlah usia pun dah senja...Sabar jelah..Mak pun masih macam tu..Tak boleh berjalan lagi...Dah berbulan-bulan terlantar kalau tak di hospital, di rumah...Kalu kat rumah tu tak delah penat sangat berulang alik..tak macam hospital...Nak cari parking satu hal...nak jalan gi wad tu satu hal..komain jauh lagi...Penat woo..almaklumlah badan aku besar...cepat lotih..haha..


Sebelum exam haritu sempat aku bawa anak-anak pergi Ke Taman Rama-rama Melaka di kawasan Ayer Keroh..Itupun sebab aku dapat tiket free masa Taman Rama-Rama buat promosi kat sekolahdan lagipun bebudak asik merengek nak jalan almaklumlah bebujangku itu dah lama tak keluar jalan sebab berpantang kerana bersunat...Hehe yang kenit tu komain gembira lagi sebab dia memang suka binatang..Entah perangai siapa yang diikutnya...hehe...Perjalanan dari Cheng ikut highway ke Taman Rerama  tu dalam 10 minit jer Masa pergi komain cerah lagi..sampai sana laaa..hujan plakss...Nilah orang katakan 'langit tak selalunya cerah' ye tak? Walaupun tiket free tapi kat dalam tu dijual segala-gala cenderahati dan permainan... Kopaklah juga duit Mr Hubby beli mainan sekali sekalakan...Tapi puas hatilah juga macam-macam haiwan reptilia yang kita orang dapat tengok...Geli-geleman aku dibuatnya...Bebudak ni cam rilek her...Kat bawah ada beberapa keping gambar sekadar buat kenangan..











Balik tu kita orang singgah di restoran jejantas Ayer Keroh makan kat sana..Ini untuk mengimbau kembali zaman percintaan  silam..hehe..Masa bertunang pernah  melepak kat KFC sini tgk kereta lalu-lalang kat bawah tu..

Isnin, 19 November 2012

Kejayaan...

Semua orang memang mengimpikan kejayaan...sama juga seperti aku...Ingin berjaya dalam kehidupanku dunia dan akhirat...Anak-anakku pula  masih belum nampak lagi mereka  dalam mengejar kejayaan itu...Walaupun umur mereka sudah melebihi 10 dan 9 tahun masih lagi ku tidak nampak kelibat  untuk mereka inginkan kejayaan itu terutamanya dalam pelajaran ...Sedangkan aku terhegeh-hegeh dalam pencarian kejayaan untuk anak-anakku itu...Kadangkala aku mencari apakah kesilapan dalam diri ini  sehinggakan tidak dapat menyedarkan mereka itu dalam mencapai kejayaan yang diharapkan.....Mungkin mereka tidak faham atau masih belum mampu mencapai kejayaan itu...Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...
Melihat kejayaan anak rakan-rakan sungguh meruntun kalbuku..Bertuah sungguh mereka..Diharap anak-anakku akan sedar suatu ketika nanti tentang kemanisan mencapai kejayaan..Amin ..Semoga kejayaan juga akan mengiringi ku dan mereka nanti..Insya ALLAH ...
Credit drpd FB: Gambar penerima kecemerlangan 5A...Tahniah

Apapun..aku secara peribadinya ingin mengucapkan tahniah buat rakan-rakan pendidik tahun 6 Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Paya Rumput yang berjaya mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2012 yang baru berlalu...Seramai lebih 160 orang pelajar telah mengambil peperiksaan tersebut dan 36 orang berjaya memperolehi keputusan  5A...Walaupun cikgu tidak mengajar kamu di tahun 6,(ngajar maser tahu 1 jer), tapi cikgu amat berbangga dengan kamu semua...Semoga kejayaan akan sentiasa mengiringi disepanjang hidupmu...Amin

Insan yang terpilih...

Syahid Attia Mubarak , 55 tahun keluar utk melaungkan azan..dan pulang sebagai syahid..

Sumber: Palestin,(.Tenangnya..seakan2 senyum ..Alfatihah)

Apabila melihat sahaja Laman Muka Buku, hati ini tersentuh melihat banyak betul gambar-gambar mangsa kekejaman di Gaza, yang dikongsi oleh rakan-rakan FB terutamanya kanak-kanak yang comel terbunuh, kaku dan hanya tinggal jasad sahaja ..Apakan daya  kekejaman ini masih berleluasa akibat daripada kebodohan dan keegoan regim israel yang angkuh dan sombong...Sesungguhnya, hati mereka sudah hitam dan tiada lagi sisa-sisa kebaikan yang tinggal...Wahai kafirun...wahai manusia yang terlaknat..wahai manusia yang lupa diri...sesungguhnya sudah ada bahagian kamu di 'sana' nanti....Kesudahan yang buruk akan menunggu...apabila kamu mati nanti..Sesungguhnya insan yang kamu hina, sakiti dan kau rengut nyawa mereka itu juga sudah ada bahagian mereka  di'sana'..Namun begitu mereka adalah manusia-manusia yang beruntung kerana menemui kesudahan yang baik di hari akhir mereka...
kredit drpd FB: Terguris hatiku...



Kita yang hidup ini teruskan kehidupan dan berdoa agar kita semua dilindungi ALLAH SWT...Alfatihah juga bagi mereka yang telah 'mendahului kita' dalam perjalanan berhijrah kehidupan yang sementara ini terutamanya insan-insan  di GAZA Palestine..Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh mereka...Amin..

Khamis, 15 November 2012

Salam Maalhijrah 1 Muharam 1434 H

Salam Maalhijrah buat kaum muslimin dan muslimat...Semoga kita mencapai kejayaan dunia dan akhirat..Insya ALLAH..Amin.

Rabu, 14 November 2012

Adam & Hawa [Episod 1-45] (Watch Online)

Adam & Hawa [Episod 1-45] [Watch Online Download Link] - Get Movie




Sekarang ralit tgk cerita ni (Adam Dan Hawa)dekat t  blog Zealot Download nih....Macam2 cerita ada kat sini..Thanks ya kawan...dapat juga merasa tgk cerita macam2...hehe Almaklumlah aku tak berlanggan pakej Mustika tuh..Mr Hubby tak mau..hihi...Aku tak pernah pun baca novel si Aisya Sofea  nih..Bila dah diadaptasikan ke drama baru tau...Pernah  tengok2 jer sinopsis cerita ni kat kedai buku..Sebab aku tak minat sangat kisah-kisah cinta lho ni...Lagipun aku takder maser nak baca novel macam dulu..(tapi bila novel keluaran Ramlee Awang Murshid yang terbaru keluar aku ada maser plakss)..kikiki.
 Cerita ni aku pasti semua dah tau..rakan sekolah aku pun heboh cerita pasal drama ini...Kisah antara Adam(Adam Mukhriz) yang dilakonkan oleh si Aron Aziz (kerjanya pilot)dan Hawa(Ain Hawani)(seorang lepasan SPM yang cemerlang.) yang dilakonkan oleh Nadiya Nissa ......yang ditangkap khalwat kerana difitnah dan dipaksa kahwin...Selepas tu Si Ain ni belajar kat luar negeri...8 tahun kahwin tapi cam tak kahwin..(Camno tuh..ish rugi masa tul)...puncanya sebab kebencian Ain terhadap Adam yang hanya mendiamkan diri semasa mereka ditangkap khalwat..(mcm mengiakan jer apa yg berlaku)...(nak kahwin free kot.. si Adam ni..hehe )..Mula-mula berjumpa si Ain ni suka gak kat Adam ..tapi sejak peristiwa tu dia benci amat ngan Adam ni..Aku tgk si Adam ni sabau betullah...dgn perempuan ego cam Ain tuh..kekadang aku laks yang hilang sabau..Tp da dah cintakan...Apa nak kata...
Apapun semua orang dah tau cerita drama fofular ni..(mungkin sebab ada si Aron ni)...Tak yahlah ulas panjang...Tengok jer sendiri..hihi..
Selamat bercuti kepada yang bercuti terutamanya anak didik...dan rakan-rakan seperjuangan...luv u all ...

Sabtu, 10 November 2012

Khatan...bebujangku..

Hari ini bermulalah cutiku bersama tugasan yang amatlah banyak sekali....Hari ini juga anakandaku along dan angah telah dikhatankan...Pagi2 lagi aku dah kejutkan diaorang sebab mula khatan pukul 6.30 pagi...Nasib baik diorang tak merengek tak mau pi... Sampai di sana...dah ramai menunggu..Ramai juga kulihat anak muridku yang datang berkhatan..Hari tu difahamkan doktor khatankan 15 orang jer...Aku yang kene temankan kerana  Mr Hubby takder   sebab masih dalam kerja..lepas kerja dia ada datang kejap dan balik semula ke rumah nak mandi..sebab ada kelas untuk final year business management yang diambil lebih setahun dah....

Kat klinik tu cam-cam fesyen @perangai bebudak ni..ada yang teriak, ada yang sedih, ada yang meraung, ada yang relaks jer...cam2 ekspresi muka selepas keluar daripada berkhatan tuh...lawaks plak aku.tengokkan..Sampai giliran along..aku dan along pun masuk...mula2 along rilekslah..tapi nampak jer segala gunting yang ada..pucat lesilah muka dia tu..hehe..baru tau!!...Dia mengeluh jugak bila tang bius tuh..tapi bila dah kena laserkan anu nya dia dah stabil..Aku pesan dia supaya banyakkan zikrullah..Tak sampai 20 minit dah selesai...Tapi aku rasa ngeri jugaklah..tengok dia potong kulit tu dengan laser tu...Keluar jer..tersenyum-senyumlah along... Lepas ni turn angah plak..Aku risau sikit pasal angah sebab dia kalau kena cubit sikit pun melolong2..inikan pula kena potong kulit anunya..huhu..

Along 2 minggu sebelum berkhatan..
Angah 2 minggu sebelum berkhatan....


Sebelum masuk tersenyum-senyum..tapi pabila dan nampak segala perkakasan yang ada maka pucatlah dia..bila doktor suntik bius tuh meraunglah kejap..bila dok kena potong kulitnya dia juga stabil..aku suruh dia ikut zikrullah yang aku baca....selepas beerapa minit kemudian akhirnya siaplah acara berkhatan tuh..Isk..isk ngeri juga rupanya khatan atau lebih popular sebagai sunat ni...Masa potong kulit dengan api laser tuh  pergh macam potong kain gamaknya..masa jahit tuh lagi lah nyilu rasanya..Teringat masa melahirkan bebudak nih  kene jahit..cemtulah rasanya agaknya hehe..Apapun dah selesai..Alhamdulillah..segala puji untuk ALLAH YG ESA....mempermudahkan urusan hari ini ..Tinggal tugas aku adalah nak menjaga orang berpantang nih..Harapnya berjalan lancar...Segala assignment semua aku hold dulu...lgpun ada masa 5 hari nak siapkan assignment ini..Semoga segalanya berjaya Amin..YA Rabbal Alamin..

Jumaat, 9 November 2012

KSSR OH! KSSR

Ish..ish..Bengang betul aku ngan sistem online sppbs..Dah ler lambat loading.....asyik hang, lepas tu tgh syokk buat dia log out dengan gembiranya secara tetiba..Aku ni dah ler baran bertambah angin satu badan (sebab tu aku montel agaknyer..hehe)..Bila dah masuk pasword and log in nak pergi melangkau balik ke nama murid 36 daripada 40 tuh menunggu satu persatu berejam menunggu..berjanggut gue..hihi..server diorang ni sahlah paling lembab dalam dunia..Isk..isk..aku bukan apa ..aku banyak kerja lain nak buat ..Bangun kul 2, 3 pagi pun tak guna camtu jugak...Ni ha login balik pun keluar perkataan NO DATA RECEIVED...isk..isk.. YA ALLAH..permudahkanlah urusan hambamu ini....

Baru-baru ni buat streaming budak tahun 1..Adalah bagi pentaksiran..seakan-akan cam ujian jugak ...based on markah..Daripada markah itu...guru-guru berbincang dan meletakkan seseorang murid tu pada kelas mana...juga bergantung kepada band yang diletakkan sama ada daripada band 1-6, kecekapan di dalam kelas, hasil kerja, sikap, pergaulannya  dan akhlaknya yang terpuji semua kami lihat secara pemerhatian menyeluruh.. Apabila anak-anak murid den yang kelas baik ni turunlah kelas ke kelas kedua...Apa lagi ramailah ibu bapa terperanjat anak depa yang pandai amat tu turun kelas...Ada yang anta mesej kat FB, telefon, sms dan datang ke sekolah jumpa aku..minta penjelasan...bertanyakan aku kriteria tentang kemasukan ke  kelass pertama..Aku ni dahlah banyak kerja lain..asyik nak jadi jurucakap diorang ni..Tapi aku malas nak gaduh2..Sbg ibu aku faham perasaan mereka2 sebagai ibu bapa sudah tentulah, mereka nakkan yang terbaik untuk anak2 mereka...So, aku takdelah menyalahkan mereka tapi aku memang agak tertekan...Sistem KSSR aku rasa macam tak relevan seperti KBSR dahulu yg berorientasikan peperiksaan barulah nampak kelemahan murid di mana...kita boleh trace..Macam guna band ni memanglah boleh ..tapi kadangkala murid-murid lemah kita letakkan tahap menguasai atas bimbingan tapi dalam mengisi online takdelah kita isi murid tu pada ruang  menguasai dengan bimbingan guru plakss...uhuks...penin..

Apapun sebagai guru cabok apalah kuasa aku..aku tgk dalam FB Kami Guru Malaysia banyak yang tak puas hati sistem ni..Emm..entahlah...aku ni kalu dah berduit, nak aje aku quit drpd bidang ni.Walaupun suatu ketika dahulu..inilah impian aku..Iaitu ingin menjadi seorang guru..Awal2 mengajar dulu aku memang suka sangat..rasa bangga jadi cikgu..tp sekarang pun cikgu cabok mcm aku ni pun orang tak pandang dah..Huhuhu sedihnya....

Ahad, 4 November 2012

Semester Akhir..InsyaALLAH..

Hari ini kelas dewasaku di oum Melaka.....Masih berperang dengan segala tugasan sekolah .OUM , rumah tangga..dan menjaga ibu bapaku..Semuanya amanah dari NYA...aku akan melakukan yang terbaik dari hari-hari sebelum ini...Semester ni belajar 3 subjek..Mengajar Matematik T tingkatan 6, Mengajar Add Math F.5 dan English..Susahlah jgk..Itupun da tuisyen masih x faham lagi..hehe Otak ni da semakin mengecut agaknya..haha..Apapun aku xkan putus harapan berusaha dan bertawakal kepa YANG ESA....Semoga aku dapat membuat yang terbaik sebelum menerima sekeping ijazah..pheewiit...Ya ALLAH rahmatilah aku dan para sahabat...Amin...



Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam