Ads

Sabtu, 28 Januari 2012

Kuih.Cek Mek ....dan keria...

Hari ni aku rasa nak buat kuih kegemaranku iaitu kuih cek mek dan keria.(wah ...semuanya manis2 belaka bahayo nih)..Memandangkan mr Hubby dah beli keledek ngan labu dua biji...dan dah terbiar beberapa hari sebab aku sibuk ..konon takder masa nak menguruskannya..haha...ari ni aku  bangun kul 4.30 pagi..selepas sembahyang isyak..huhu selalu terbabas sebab ketiduran..penat sangat lah konoonn...ahaks...Selepas sembahyang terus basuh baju..ala guna mesin separuh automatik jer..uhuks....sambil2 tuh kupas kulit keledek...untuk direbus....bagi dibuat kuih cek mek dan keria...kuih kegemaranku itu.....kat bawah ada foto2 pembuatan kuihku yang enak dan lazat tuh serta resepinya sekali...(ala perasan lah plaks..hehe)...

Setelah diadun dan dibentuk


Resepi Kuih Cek Mek ( diambil dari http://resepi.mesra.net ...terima kasih..)

Terlebih panas..nampak hitam..tapi takder lah hitam sangat



Bahan-bahan:
ubi keledek
planta
tepung gandum
garam
air
minyak (untuk mengoreng)
gula 
Cara-caranya:
Ubi keledek direbus bersama air dan garam sehingga empuk. Angkat ubi keledek yang direbus kemudian ditumbuk sehingga hancur. Masukkan planta,gula dan gandum sehingga menjadi doh. Bulatkan doh menjadi bebola. Kemudian doh tadi di leperkan, seterusnya letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah selesai semuanya bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.



Resepi Kuih Keria 
 ( diambil dari http://resepi.mesra.net ...terima kasih..) 
sodap tau..Keria Ala Machijah

Bahan-Bahan:
500 gm keledek, direbus & dikupas kulitnya
¼ sudu garam
Secubit serbuk kulit kayu manis
1 biji telur, dipukul hingga kembang
105 gm tepung, diayak
Minyak banyak untuk menggoreng
125 gula pasir
4 sudu besar air
Cara:
Lecekkan keledek bersama garam & kulit kayu manis. Apabila telah rata, masukkan telur & gaul rata-rata. Masukkan tepung yang telah di ayak. Uli campuran itu untuk mendapatkan doh yang lembut. Taruk di atas papan canai yang bersapu tepung, hingga setebal 1.2 cm. Bahagikan kepada 14 bahagian berbentuk tiap-tiap satu bahagian kepada suatu bulatan yang berlubang tengahnya. Pijarkan minyak yang banyak untuk menggoreng. Goreng hingga kuih-muih itu hingga kuning keemasan warnanya & garing. Toskan minyaknya betul-betul & ketepikan. Larutkan gula dalam air. Didihkan hingga menjadi sirap yang pekat. Balik-balikkan kuah keria itu dalam sirap ini hingga bersalut rata & gula itu menjadi hablur. Sejukkan & hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam