Sabtu, 19 Mei 2012

Perayaan Hari Guru Sekolahku!!!

17 Mei adalah sambutan hari guru di sekolahku pada 2012 ini..Dahlepas tapi nak cerita jgk..haha.. Majlis agak meriah jugak..Tahun ni buat sukaneka jer. Sebelum ni pra hari guru main bowling di Melaka International Bowling Centre (MIBC) sebelah MITC Melaka. Best jgk...Isnin lepas pulak telah diadakan pertandingan petanque antara kumpulan...den tak dapat dtg sebab adA HAL...kumpulan den asyik kalah jer...bowling pun tak menang..sukaneka pun no. 5...memang kumpulan den tak bernasib baik itu hari.. Antara sukaneka yang dijalankan ialah lari dalam guni, amukan pocong, baling belon yang diisi air, lari kaki diikat bertiga,dan mencari ahli kumpulan setelah ditutup mata..Seronok jgk yer dah tua2 buat kerje gile..malu jgk anak murid tgk haha..Lari dalam guni yang tak boleh tahan..rasaya punyalah lompat bagai tapi rupanya lompat setempat ..tak bergerak ..haha ..mungkin badanku yang cam jentolak menyebabkan aku lari tokleh laju...wat kena gelak murid jer...hehe..
Kat bawah antara foto2 sepanjang  sambutan hari guru...

Kad yang aku buat khas untuk hiasan hadiah bagi acara pertukaran hadiah  dengan guru2..

Bersama sahabat pendidik susah senang..Pn Halizah Kassim

Menyanyi lagu Kami Guru Malaysia..

Bersama Pn Asfalila

Hadiah dari murid2..


Kek yang disumbang oleh Datuk Bandar Melaka..Datuk Zainal Abu

Banyak tak hadiah..Hampir 70 lebih hadiah...
dari pengawas pusat sumber...
Dari Cikgu Noraini ..hadiah pertukaran antara guru2
Vern's
Dari pihak pentadbir...
Banyak perhiasan...

Murid darjah satu bagi..wangi makk...


Anak2 tersayang..


Pra hariguru..Ber boling..hehe

Sukaneka hari guru: Lari dalam guni..

Yang paling best tang dapat hadiah..Ramai jugak murid yang bagi hadiah..Segarang2 aku pun ada murid yang sayang..phewwiiittt....
Apapun terima kasih anak anak dan semua... Petang tuh pergi plak hi-tea di Mahkota Century Hotel di Melaka Raya..Petang tu den dapat 2 lagi hadiah untuk kategori  terbaik Buku Rekod Pengajaran dan terbaik Jadual Kedatangan Kelas.. Tah camno leh menang tah..haha ramai yang jeles...Apapun itukan rezeki daripada ALLAH..Sabar ya para sahabat..Giliran anda akan tiba..Buat yang terbaik.. Dan..Selamat Hari Guru...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini