Rabu, 14 September 2011

Taman Rama-rama & Penjagaan Haiwan Reptilia Melaka

Semalam 13 September 2011, aku dan rakan pendidik, serta guru2 Pendidikan Khas SK Paya Rumput Melaka ( Sekolah Kluster Kecemerlangan 2011) bertugas membawa murid Tahun 1 dan Pendidikan Khas membuat lawatan ke Taman Rama-Rama & Haiwan Reptilia Melaka sempena berlangsungnya Peperiksaan UPSR 2011. Ini dapat mengurangkan gangguan dan tahap kebisingan murid2 sepanjang peperiksaan berlangsung.. Semoga murid-murid tahun 6 SKPR boleh melakukan yang terbaik dalam peperiksaan ini, sepanjang pemergian kami..InsyaALLAH..Untuk pengetahuan semua, Taman Rama-rama terletak di Ayer Keroh dan tidak jauh dari ZOO Melaka(lebih kurang 2.6km perjalanan), Taman Mini Malaysia dan Taman Mini Asean. Ia juga berhampiran dengan Philea SPA Resort Melaka. Harga tiket juga berpatutan untuk anda semua...Banyak juga haiwan yang kiut miut ada di sini..Paling best ikan Arapaima Gigas yang diperolehi dari Sungai Amazin Brasil...Besar banget itu ikan..mungkin sebesar badanku yang sememangnya sudah besar gitu...hihi..Lihat gambar kenangan kami semasa berada di sana...

Tagline

Cikgu Nora bersama iguana....

Apa yg deme buat tuh...sojuk yo..hihi

Ikan merah yang sungguh indah..

Angah dapat no.3 dalam permainan yang dianjurkan..

Murid2 dibawa oleh urusetia masing2..

Agak banyak juga rama2 tp tak sebanyak di Taman Rama2 KL..

Kedai yang menjual pelbagai cenderahati..




Besarnyo mentibang..huhu
Kolam yang di dalam nya terletak ikan arapaima gigas yang besar amat..

Sebenarnya banyak lagi haiwan-haiwan yang menarik seperti buaya, ular, penyu, kala jengking  terdapat disini... Mengerikan jugak yer haiwan2 reptilia nih..gerun den..

1 ulasan:

  1. http://madey09.blogspot.com/2014/12/osaka-jepun-moment-indah-etuza.html klik blog Etuza kita berbalas follower ya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini