Ads

Jumaat, 28 September 2012

Sukan Sekolahku 2012!

Minggu ni....banyak hari kelas terawang-awang..Apa tidaknya semua guru sibuk membuat persiapan untuk hari sukan yang dijalankan....Kemuncaknya,
 27 September 2012 adalah Temasya Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan Paya Rumput berlangsung...Pada sebelah pagi setiap rumah sukan beriya-iya mencantikkan khemah rumah masing-masing...Aku pula selaku ketua rumah kuning pun sama-sama menyibukkan diri bersama rakan seperjuangan membuat apa yang termampu seadanya....Sementelah dalam hati itu resah terkenang emak dan abah yang tak sihat dirumah....(abah rebah akibat pitam hari sebelum itu, pergh.. nasib baik aku ada, kalau tidak hmmm..tak tahulah..uhuks..ujian ALLAH..)..
Sewaktu persiapan rumah kenyalang...
Berbalik kepada kejohanan sukan itu...Aku bersama para sahabat bertungkus-lumus menyiapkan khemah dan para peserta perbarisan..Setiap guru wajib membayar RM15....Ada juga murid2 yang sudi menyumbangkan wang sebanyak RM2 seorang..Terima kasih anak-anak ya ..Jasamu amat cikgu kenang sampai bila-bila..Hanya ALLAH yang dapat membalasnya... Kami menggunakan bahan-bahan recycle..seperti plastik sampah, kotak-kotak, dan juga tumbuh-tumbuhan...walaupun begitu...hasilnya amat mengagumkan...Secara jujurnya kami mempunyai ahli-ahli yang sangat kreatif dan inovatif..Untuk para sahabat..tolong teruskan kreativiti anda semua ini semasa mengajar nanti ya...Aku tahu kamu semua adalah guru yang ikhlas, jujur dan sangat bersemangat dalam mendidik..Aku bangga mempunyai sahabat seperti kalian...
Berbalik kepada hari sukan yang berlangsung sangatlah meriahnya  dengan padang yang berwarna-warni disertai dengan kehadiran ramai ibu bapa yang datang untuk menonton dan menyokong anak masing-masing...Ada juga jualan daripara pekerja sekolah dan pihak luar...Hmm sangat best tau..
Aku dan para sahabat sibuk memberi motivasi dan strategi kepada peserta-peserta untuk berlari..Tak lupa juga doaku pohonkan kepada ALLAH SWT semoga mempermudahkan urusan kami...Banyak perkara yang berlaku pada waktu itu...sehingga banyaklah titisan air mataku keluar..Ada peserta yang kena gigitan tebuan, peserta yang tergelincir semasa berlari,  dan  ada yang sakit kaki dan kejang....kami dah spray macam-macam kat kaki yang sakit tuh..Rasa down sekejap..Tapi aku dan kawanku Aishah bangkit...memberikan kata-kata motivasi kepada mereka...sedapkan hati masing-masing sambil tu....berdoa pada ALLAH memohon kepada YANG ESA...agar semuanya berjalan lancar...Tak putus-putus aku berdoa pada ALLAH (kerana itu adalah sebaik2 ubat ketenangan)

Khemah Rajawali..

Khemah Cenderawasih

Khemah Kenyalang


Khemah Kasawari..


                     
Kedudukan mata selepas saringan dan acara padang..permulaan kojohanan sukan
Perbarisan Rumah Kenyalang(kuning)..Naib johan...

Perbarisan Rumah Kenyalang(kuning)

Perbarisan Rumah Rajawali (hijau)

Perbarisan Rumah Kasawari (biru)

Perbarisan Rumah Cenderawasi (merah)

Para sahabat dan ahli-ahli rumah kenyalang...dapat makan burger itu hari

Angah johan sukaneka tahun 3

Along ..bantu 4 x100m...tahun 4..Johan..

 Akhirnya ALLAH mempermudahkan urusan kami hamba-hambaNYA..yang lemah ini..Pasukan kami menjadi Johan untuk Khemah Terbaik dan Johan Keseluruhan Kejohanan untuk tahun 2012 ini...Seorang peserta perempuan pasukan ini pula di nobatkan sebagai Olahragawati  Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Paya Rumput Melaka untuk tahun ini..Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam kejohanan sukan tahun ini...Back to back..berturut-turut untuk kami pada kali ini...Secara peribadinya ia merupakan kenangan manis buatku kerana aku adalah selaku ketua pasukan ini untuk sesi kali ini..hehehe...
Kenyalang juara....yeehaa..Anak ambo Dina  pun tumpang 2 kaki..hehe
Ni..tulang belakang paling kuat kami...terima kasih para sahabat dan anak-anak...

Sebagai bonus lagi, ALLAH memberi kejayaan untuk anakku Along dan Abg Ngah untuk menjadi johan acara masing-masing...Amin..

Semoga ditahun akan datang kejuaraan adalah juga milik kami..InsyaALLAH...

Selasa, 25 September 2012

Cinta abadi...


Cintailah ALLAH SWT mengatasi segalanya yang ada dalam dunia ini kerana ia membawa kebahagiaan kepada kita di akhirat kelak...InsyaALLAH...

Mencintai ALLAH  dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang...Semoga kita semua mendapat rahmat dan hidayah yang berpanjangan daripadaNYA..AMIN

Sabtu, 22 September 2012

Kenangan Jamuan Hari Raya Taman Bertam Jaya

Walaupun aku dah terlewat untuk menceritakannya..tapi aku nak cerita jugak..hehe..Jamuan hari raya terbuka Taman Bertam Jaya, tamanku yang indah permai yang  telah diadakan pada 15 September lepas...Agak meriah juga... Menu utama adalah kambing panggang dan sate serta pelbagai lagi.....Yang paling best Mr Hubby dapat cabutan bertuah hamper ...hehe..kebetulan anak saudara Mr Hubby pun datang rumahku dari Shah Alam... Apa lagi ajak dia sekali malam tu.....Kat bawah ada gambar kenangan hari itu....


Hamper cabutan bertuah...

Mr Hubby menang cabutan..hehe..tahniah bro...

Menu yang tersedia

Kambing yang di panggang..




Hai kak cik anak sedaro kito...

Mr Hubby and kids...

sodap eh..

Anak2 jiran...


Hirisan kambing panggang...

Penyelaras majlis kami..Mejar Musa yang komited menghimpunkan semua penduduk....

Alhamdulillah...ALLAH masih memberi peluang untuk aku bernafas lagi di muka ciptaanNYA ini....Hanya untuk seketika lagi..terima kasih TUHAN....Salam mesra untuk semua umat manusia di muka bumi ALAH ini...

Aku semakin tua dan semakin lupa ingatan ini...(masalah yang tak sudah2 dengan penyakit lupa ini ..huhu)...Aku harap masalah kelupaan ini semakin pulih...Sepatutnya kena banyak membaca ayat alQuran dan zikrullah...kan??Esok pula aku memulakan kelas OUM ku untuk sem 10 (yang terakhir barangkali)....InsyaALLAH..

Baru2 ini aku mendapat keputusan peperiksaan yang merudum....Aku dah menjangkakanya...Kelemahanku dalam add math memang ketara..Hehe ..keseluruhan sem lepas aku hanya memperolehi 3.11 sahaja. Projek Kajian Tindakanku alhamdulillah A dengan 88 markah..Oklah tukan  memandangkan pensyarahku pergh memang cerewet orangnya....Beliau yang berusia 62 tahun memang sangat mahir dalam kajian tindakan ini. uhuks....Jadi kumpulanku memang takder harapan nak dpt markah tinggi...Haritu dia ada call aku..dia beritau markah ku antara yang tertinggi..dan puji macam2 plak...tapi takderlah tinggi sgt markah aku tu..aku pun takderlah tanya orang lain markah deme berapa? Janji dapat A dah ..tul tak? Projek kajianku aku da uploadkan ke dalam  slideshare sekadar perkongsian..nak tiru pun takper..bukannya bagus bebeno..hehe

CGPA aku keseluruhannya juga merosot daripada.3.63 kepada 3.59 dan sem yang baru ini aku pun tak mengharapkan yang cemerlang (tapi selalu juga berdoa dan mengharap untuk kecemerlangan itu)...hihi...Semoga ALLAH mengabulkan doa ku....Amin

...

Ahad, 9 September 2012

Assalamualaikum kepada semua hamba ALLAH yang masih bernafas di muka bumi ALLAH ini....Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera dan dilimpahi rahmat ALLAH yang berpanjangan hendaknya....Aku tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini akibat migrain dan gastrik yang kembali bertakhta di jasad ku ini... namun aku semakin bahagia dengan kesembuhan emakku.. Walaupun dia masih belum boleh berjalan tapi sekurang-kurangnya dia semakin ceria dan sudah mahu berkata-kata...Walaupun abahku penat tapi dia tetap melayan kerenah isteri kesayangannya itu... Kesian abahku..nampak uzur sekali tapi dia tetap menggagahkan diri untuk memenuhi kehendak dan keperluan si isteri yang sedang sakit ...Aku macam biasa sekadar membantu apa yang perlu terutama untuk memandikan, mencuci, kadang-kadang memasak, serta mengemas rumahnya yang panjang macam gerabak keretapi ...Sememangnya memenatkan tetapi akan ku korbankan semua itu untuk membantu emakku dan terutama sekali abahku....Insan2 lain pula terlalu sibuk dengan tugas2 mereka..biarlah aku dan abah sajer yang menguruskannya...Kadangkala abahku meluahkan perasaannya yang hampir putus asa untuk melakukannya..Tapi aku sentiasa memberikan kata2 perangsang bahawa apa yang dilakukannya ini semua adalah amalan pahala yang banyak..yang membantu kita di kemudian hari..Ini juga adalah ujian dari ALLAH SWT untuk mendekatkan diri kita kepadaNYA...Harap abahku tabah dalam mengharungi kehidupan ini....Entahlah...Semoga ALLAH memberi segala kekuatan dan kesabaran kepadanya...Amin ya Rabba Alamin..
Kenangan raya bersama abahku dan iparku...

Jumaat, 17 Ogos 2012

27 Ramadhan 1433 H: Majlis Penutup Ihya' Ramadhan

Semalam di sekolah ku telah diadakan Majlis Penutup Ihya' Ramadhan yang telah berlangsungnya pelbagai aktiviti keagamaan hampir sebulan...Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar...Pelbagai pertandingan telah diadakan pada bulan ini seperti tilawatul Quran, tadarus, pertandingan azan, membaca niat solat dan sebagainya...Kemuncaknya ialah majlis khatam Quran semasa majlis penutup...Aku dan Along plak  telah menyertai pertandingan mencipta kad raya...Aku mendapat tempat kedua, manakala Along dapt tempat pertama..Alhamdulillah..Aku dapat hadiah bekas Tupperware...Syukur..


Alamak tersenget lah plakss..


Terasa sayu terasa meninggalkan Ramadhan yang mulia...sementelah tidak banyak amalan yang kulakukan...Terlalu sibuk dengan urusan keduniaan..Maafkanku Tuhan...diatas kelalaian hambaMU yang satu ini...

Emak masih dihospital...Sedih ku melihat dirinya...Semoga dia tabah dengan segala ujian yang ALLAH berikan....

Baju raya telah kubeli di sekitar Kg Jawa Melaka...Kali ini kami memilih tema warna merah belacan.(sebelum ni tak pernah bertema..hehe..caca marba jer)
Aku beli 2 pasang yang ala kadar sahaja..tidak terlalu berlebihan...

Kuih raya pun semua dah dapat...Ada dalam 24 botol..Dodol kegemaran mek pun dah order..1 kg..RM20...


Kami merancang beraya  di AG dahulu...uruskan rumah abah..almaklumlah mak kat spital..cian abah sensorang..Malam raya aku yang jadi ketua chef dengan seorang kakak ipar.(tapi mudo drpd den..haha). Masaklah aper adanya...

Raya kedua Mr Hubby kesayangan den dah ajak balik kg dia...huhu..sebagai isteri yang solehah...aku menurut perintah jer..chewwaahhh...cian juga mek sensorang kat kg dia...Anak2 komain gumbira bila dengar nak balik umah tok dia...hehe

Selasa, 14 Ogos 2012

25 Ramadhan 1433h

Hari ini puasa yang ke 25....Semakin hari Syawal makin menjelma..Emakku belum sembuh sepenuhnya...Masih terbaring lagi di katil hospital Melaka..Alamatnya beraya di hospitallah kami tahun ini..hihihi..Emakku masih trauma untuk bangun....katanya takut jatuh...tapi apa yang aku takut ialah apabila terbaring da hampir 2 bulan, dikhuatiri penyakit lain plaks tiba..Isk..isk..isk..Harap jangan lah berlaku...Aku da suruh dia cuba bangun tapi da dia tak mau nak buat camno kan???Gula dalam darah dah maintain bawah 10, cuma dia takda semangat jer nak baik cepat..huhu...

Semalam, ulangtahun kelahiran kepada Mr Hubby...Selamat hari lahir 41 tahun lepas..hihihi..Tua dah..Bawa2lah ingat kepada Tuhan..hehe...Insya ALLAH ku doakan agar ALLAH merahmatimu, memberkati hidupmu hingga ke akhir waktu...

Untuk anak-anak teruskan berpuasa..Bawa2 bersabar di bulan puasa ni..Baju raya ibu tak belikan lagi..Maafkan ibu kerana, waktu ibu 24 jam sahaja...terasa seperti tidak cukup waktu itu untuk seharian...Ada masa, minggu ini Insya ALLAH, ibu akan belikan...
Along dan angah di pagi 24 Ramadhan 1433 H

Dina dah nak gi skola...cian dier...
Apapun...Alhamdulilllah dengan segala pemberian ALLAH....segala yang dimiliki ini hanya pinjamanMU semata-mata..Semoga KAU berikan petunjuk dan hidayah serta rahmat yang berpanjangan kepada kami...AMIN...

Sabtu, 11 Ogos 2012

Keriangan yang kian menjelma...

Seperti biasa lepas asar aku akan bergerak ke hospital untuk menemani emakku yang berada di hospital...Semalami aku pergi berdua bersama anakku Si Along... Apa yang aku nampak  ialah  dia semakin gembira melihat kami datang..tambahan pula cucu kesayangannya si along datang  dan terus cium dia..
Sejak akhir2 ini..kewarasan fikirannya kembali kepada asalnya...
Sajer nak masukkan mutira kata nih...

Hatiku semakin senang....melihat emakku sudah semakin sihat dan ceria. tidak seperti bebarapa hari lepas....Hari-hari mukanya monyok dan sedih..akibat kesakitan yang menghambat tubuh badan..Ujian ALLAH banyak hikmahnya..mungkin kesakitan itu dapat  mendekatkan diri dan jiwa hambaNYA kepada DIRINYA..Tuhan YANG ESA...Alhamdulillah...
Emakku, Mr hubby, Dina, dan anak2 saudaraku Nuha dan Kak Cik..masa raya aidiladha...tahun lepas


Emmm...Baju rayaku masih belum ditemui walaupun dah dicari bersama kawanku semalam (selepas habis sekolah)...Aku inginkan pakaian yang sederhana dan tidak berlebihan..Tidak berjumpa lagi..uhuks...Untuk anak-anak pula sudah kubelikan separuh...Itupun sudah habis RM 400..Barang begitu mahal sekarang..Walaupun gaji  naik namun bagiku ia tetap sama..kerana harga barang yang melambung-lambung...Aku jadi kasihan dengan pekerja2 swasta seperti Mr Hubby yang tiada bonus hari raya dan kenaikan pun ala kadar sahaja...Aku harap mereka bersabar dengan harga barang yang naik sedemikian rupa....

Gambar hiasan..
Hari ni dah 22 Ramadhan....Semakin hampir ke Syawal..Hati ini semakin sedih untuk meninggalkan bulan yang penuh keberkatan...Namun begitu tak banyak amalan yang ku lakukan lantaran kesibukan duniawi yang kuhadapi..Ampunkanlah dosaku YA ALLAH...

Di harap Syawal nanti ada sinar kebahagian yang menanti kami semua..dan umat Islam di dunia khususnya.. Semoga ALLAH akan memberi perlindungan dan rahmat yang berpanjangan kepadan orang2 muslim yang ditindas oleh kekejaman zionis laknatullah dan makhluk yang tidak berperi kemanusiaan...

Amin ya rabbal alamin...

Selasa, 7 Ogos 2012

Emak..

Jumaat lepas, emakku dihantar ke hospital sekali lagi kerana kondisinya bertambah teruk...Badan dah terlalu lemah...nafas semakin sesak dan mata pun seakan-akan terbeliak....Kasihan aku melihatnya..Ambulan datang dengan 4 atendan hospital membantu mengangkat emakku yang ketika itu tidak berapa nak sedar lagi. Sampai hospital AG dia dimasukkan ke wad kecemasan..hasil ujian menyatakan gula dalam darah terlalu tinggi, dah darah kurang 5 pain...Emakku terus dihantar ke hospital Melaka memandangkan hospital di AG tiada bekalan darah.... Aku cepat2 telefon abang sulungku... Selepas isyak dalam pukul 10.30 malam barulah emakku dihantar ke kospital Melaka.....Abangku dah menunggu di sana...sampai selesai dalam pukul 3.30 pagi baru makku dimasukkan ke wad biasa setelah dia semakin sedar... Hari semalam masa aku melawatnya, doktor datang jumpa aku, dan menyatakan bahawa emakku perlu dibedah segera di kaki kanan kerana ada jangkitan kuman dipelipat kaki(belakang lutut).. Itu dapat dikesan setelah kakinya di x-ray...Aku ketika itu keseorangan sahaja... jadi  terpaksalah aku  menjadi wakil keluarga untuk menandatangani surat kebenaran untuk menjalankan pembendahan tersebut.  Kemungkinan hari ini pembendahan akan dijalankan...Aku berdoa agar semuanya berjalan lancar...

Harap-harap pembedahan berjaya dan emakku akan kembali pulih..InsyaALLAH...Aminn

Selasa, 31 Julai 2012

Rasa hati ini....emmm...

Tak lama lagi raya akan menjelma...tapi hati ini belum terbuka nak beli baju raya untuk anak-anak dan diri sendiri...hehe..Selagi exam OUM belum habis, selagi tu...hati masih tak keruan..Exam baru2 ni pun komain susah lagi...harap2 luluslah...Insya ALLAH...Ahad ni lagi satu paper maths...huhu..markah assignment plaks tak berapa nak cemerlang...Pun harap2 lulus.....Amin....Semoga ALLAH memperkenankan segala doaku..

Bondaku masih lagi terlantar sakit. Hari-hari selepas pulang dari sekolah aku akan menjenguknya sehingga petang... Uruskan makan pakainya. Sekarang dia masih lagi pakai lampin pakai buang sebab langsung tak ada daya untuk bangun dengan sendirinya. Aku nak angkat dia pun tak boleh sebab badan dia pun agak besar...Takperlah mak..sabar yer...Ingatkan diri ini adalah ujian ALLAH untuk kita semua. Sabar adalah ubat segala masalah... IsyaALLAH pasti ada hikmah yang tersembunyi dari TUHAN untuk kita...

Ni ha gambar kek tu sajer jer masukkan....Dah lama ambil gambar masa birthday anak daraku yang keempat kalinya......25 Mei lepas...tapi takder masa nak upload kan ke blog ni..sajer-sajer buat kenangan..hehe
Dapurku pun yang rosak teruk dah repair ni ha....Aritu pakai kabinet kayu..tu yang Encik Anai-anai komain gembira berumahtangga kat sini..Kali ni pakai Aluminium...plak..Harap-harap bertahan lama lah yer... Rasa bersemangat nak masuk dapur cikit haha....Tapi takderlah masak kat sini..masak kat lain...walaupun takderlah cantik sangat..tapi masih bersyukur ada kabinet baru...

Khamis, 26 Julai 2012

Sabtu 28 Julai 2012..dan minggu depan 5 Ogos 2012 kan ku hadapi peperiksaan OUM utk subjek maths..Berdebar-debar..Belum habs baca modul...Semua topik menggusarkanku...Polynomial, statistik, function...dan lain2 lagi..pergh...berat rasanya...Harap-harap dapat buat yang terbaik...Insya ALLAH...

Bonus pun dapat Alhamdulillah...Tapi tak suka sangat..Takut nanti barang naik lagi..Mr Hubby komain bising lagi bila org kerajaan naik gaji, orang swasta pun merana sebab barang naik ajer..tak turun2 sedangkan gaji diorang tak naik banyak...huhu...Cian Mr Hubby..Sabau ye ..Inilah kehidupan...Redho jerlah..Lumrah alam..huhu..

Mak aku semakin pulih walaupun masih tidak boleh berjalan dengan sendirinya..Emm mak aku tak kuat semangatnya..Sering mengalah....dan tidak mahu mencuba..Orang yang sakit memang camtu agaknya..Harap ALLAH bagi kekuatan padanya...Pakcik aku pun tengah sakit ni.. Ari ni nak buat pembendahan hempedu yang dah dijangkiti kuman..Semoga ALLAH mempermudahkannya...Harap pak lang cepat sembuh..InsyaALLAH... Amin...

Ermm..baju raya bebudak belum pergi beli lagi..Bulan puasa ni malas nak keluar mana2..Dok rumah lagi best sebab cuaca yang panas menyebabkan badan tak keruan..Balik dari sekolah selepas mandi pasang aircond..terus buat taik mata..hehe..dalam kul 5 baru turun masak...Masak pun yang sempoi..sebab Mr hubby tak kisah...Dia makan apa adanya..Tak terlalu fussy sangat..Alhamdulillah...

Apapun bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini lebih mengajar aku tentang kehidupan...kehidupan yang sementara...serta kesabaran yang perlu aku perbaiki lagi (masih marah2 lagi terutama ngan anak2) dan kasih sayang sesama insan yang berpanjangan....serta kesyukuran dengan segala pemberian YANG MAHA KUASA..Terima kasih ALLAH memberi segalanya yang kuperlukan.... Semoga KAU merahmati diri ini dan sekelian hambaMU yang lemah dan serba-serbi kekurangan ini...Amin..

Isnin, 23 Julai 2012

Buku rekod mengajar...


BUKU REKOD MENGAJAR
Guru bertanggungjawab menjaga keselamatan buku rekod  mengajar kerana ianya merupakan SKT setiap guru kecuali guru bimbingan dan kauseling
Semua butiran hendaklah diisikan dengan kemas, teliti dan lengkap.
Buku rekod ini hendaklah diserahkan ke Pejabat pada hari Jumaat atau hari akhir minggu berkenaan untuk tujuan semakan dan tandatangan oleh pengetua/penolong kanan.
Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan / Guru Kanan.
Buku Rekod mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.
Laporan polis perlu dibuat bagi guru yang kehilangan buku rekod mengajar.

Kan ku jaga dengan baik..buku rekod mengajarku..InsyaALLAH.

Khamis, 19 Julai 2012

Bondaku


Bondaku masih sakit lagi..Tak boleh bangun..Masih pakai pampers lagi.. Kasihan ku melihat dirinya...Maafkan diriku kerana tidak dapat menjagamu sepenuhnya.. Alhamdulillah abahku masih kuat..dan dapat menguruskan bondaku....Semoga ALLAH akan sentiasa memberikan kesihatan yang baik buatnya... Sempena menyambut Ramadhan Al Mubarak ini ku berdoa agar kesihatan bondaku, abahku dan mek akan sentiasa baik...kerana aku amat menyayangi mereka..Semoga mereka redho denga segala ujian yang diberikan...Aku sebagai anak akan cuba membahagiakan kalian sedaya upaya yang mampu... Rasa sayu dan pilu jika ku kehilangan kalian bertiga..takdapat kugambarkan..Apa yang ku harapkan semoga ALLAH akan memanjangkan usia kalian.....I luv u all....Amin...

Rabu, 18 Julai 2012

Selamat Menyambut Ramadhan AlMubarak

Kepada ibu dan bapa, saudara mara, sahabat handai, rakan-rakan bloggers, serta  Muslimin dan Muslimat...Selamat menyambut Ramadhan AlMubarak yang bakal menjelma tidak lama lagi..Di harap ramadhan kali ini memberi seribu erti dan rahmat yang berpanjangan dari YANG MAHA KUASA... Semoga segala amalan senantiasa diterima ALLAH.. InsyaALLAH....Sayu dan pilu bila mengenang ramai sahabat dan saudara mara yang telah pergi menghadap ILAHI  mendahului diri ini... Semoga mereka berbahagia 'di sana'.. ALFatihah buat mereka...Sesungguhnya kami juga akan menyusul .....Entah bila..Dan hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI segalanya...

Sabtu, 7 Julai 2012

Ujian untukku...

Macam2 berlaku minggu ni....dengan buku rekod pengajaran hilang, lepas tu beg sekolah dengan pelbagai barang berserta duit ratusan ringgit semua hilang...Emakku pulak jatuh dan aku dahpun  hantarnya ke hospital...Dia masih dalam wad lagi.huhu..tugasan yang belum siap..kerja sekolah yang banyak terbengkalai, anak-anak yang merosot dalam pelajaran...argghh..terasa aku ingin pergi jauh dari dunia ini...Nasib baik aku masih ada sedikit lagi iman di dada, percaya dengan Kekuasaan ALLAH.. dan kekuatan dari sang suami....Aku mula pasrah dan bermuhasabah diri semula..menilai kekurangan diri dan kesilapan yang mungkinku lakukan..Ini mungkin  juga ujian dan petunjuk dari ALLAH SWT..untuk aku berubah ke arah kebaikan...Aku redha...dan cuba akan berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum ini....Kepada yang berkecil hati..ku memohon sejuta kemaafan dari kalian..Aku hanya manusia yang serba serbi kekurangan...tidak sempurna dan tidak mungkin sempurna..kerana kita tahu kesempurnaan bukan milik kita... Kesempurnaan Adalah Milik ALLAH Jua...
Semoga derita ini akan berakhir dengan kegembiraan suatu ketika nanti..InsyaALLAH ..Amin Ya Rabbal Alamin....

Kepada anak2 berubahlah..ibu akan sentiasa menyayangi kalian walau macam manapun buruk baik kalian, ibu akan terima...Semoga kalian berjaya dunia dan AKHIRAT..Amin...

Khamis, 5 Julai 2012

Aku tahu ramai tak suka aku..sebab aku adalah aku..haha...Aku ni pelik...ramai dah tahu...dan aku juga banyak melakukan dosa sejak akhir-akhir ini..Ni semua pengaruh yang  tak baik aku ikutkan. Aku jadi manusia yang tiada pendirian dalam segala hal....Mungkin stress dengan segala kerja yang terbengkalai dan bertimpa-timpa menjadikan aku begini... Aku banyak terlepas kata..hingga banyak hati yang terluka..Dalam facebook pun ada yang dah tegur secara sindiran dan aku menerima segala apa yang diperkatakan...maafkan aku...kepada semua yang mengenali diri ini......dengan semua kekhilafan yang telah aku lakukan...Semoga ALLAH juga tidak membenci aku....dan Mengampuni dosa-dosa aku ni...
Selepas ini aku ingin menjadi lebih diam...Kata mereka yang berilmu...Diam lebih baik daripada berkata-kata....kerana kata-kata ada lebih tajam daripada segala jenis senjata...Lebih baik tutup mulut dan lebih banyak istighfar dan zikir...Ya aku akan cuba melakukannya mulai sekarang ..Juga kepada kesayangan ku...Mr Hubby dan anak-anak..Maafkan diri ini jika sering menyakiti kalian semua...Aku akan cuba berubah menjadi yang lebih baik dari hari semalam...InsyaALLAH....Wassalam...

Sabtu, 30 Jun 2012

Cuti hujung minggu dengan pelbagai tugasan.

Hari kul 5:00 a.m ku  bangun, sebab teringat tugasan matematik ku belum mula lagi. Apa lagi terus pergi bilik komputer...Terus sambung pengenalan tajuk tugasan...utk pengetahuan, komputer dah sebulan tak off..Agaknya sebab tu bil elektrik naik kot..Entah ye ke tidak ..aku tak pasti... .ni dah tempah lah plak air-con tiga buah panasonic utk tiga buah bilik..haha...mesti mencanak-canak bil elektrik yang bakal mendatang...Ni angkara sudah pergi pameran HOMEDEX di MITC Melaka, malam semalam...Memang jadi sawan sekejap tengok barang-barang rumah yang cantik menarik memang da bomb....Kabinet rumah aku  pun dah siap...cantik sikit lerdapur aku...Cadangnya nak beli langsir dapur, tapi aku sudah beli.beli langsir untuk 4 sliding door n windows kat sana ...Habis lebih kurang RM400 jugak den..Ala beli langsir dan siap..murahlah cikit kan...tapi langsir dapur akhirnya postphone bulan-bulan akan datang...haha...duit tara cukup..Aduiii..
Homedex..MITC Melaka

Sampai beribu pun ada pemancur air nih..stainless steel...





Kat Homedex semalam, hati suda terpaut dengan sofa kulit lembu..harga RM3500 ke atas.. Mak aiii..mahal lah plaks...Akan datang je ler gamaknya yer..Jangan nak berangan kata MR Hubby..Nak kumpul duit sendiri..yele..yele...duit simpanan ada tapi tara mau guna lagi sudah semakin susut...Camno nak pergi haji nih??? huhu..InsyaALLAH jika ada kemahuan di situ ada jalan betul tak??

Oklah..den nak sambung tugasan yang masih belum ber penghujung nih...salam sayang..adioss..

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam