Macam2 berlaku minggu ni....dengan buku rekod pengajaran hilang, lepas tu beg sekolah dengan pelbagai barang berserta duit ratusan ringgit semua hilang...Emakku pulak jatuh dan aku dahpun hantarnya ke hospital...Dia masih dalam wad lagi.huhu..tugasan yang belum siap..kerja sekolah yang banyak terbengkalai, anak-anak yang merosot dalam pelajaran...argghh..terasa aku ingin pergi jauh dari dunia ini...Nasib baik aku masih ada sedikit lagi iman di dada, percaya dengan Kekuasaan ALLAH.. dan kekuatan dari sang suami....Aku mula pasrah dan bermuhasabah diri semula..menilai kekurangan diri dan kesilapan yang mungkinku lakukan..Ini mungkin juga ujian dan petunjuk dari ALLAH SWT..untuk aku berubah ke arah kebaikan...Aku redha...dan cuba akan berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum ini....Kepada yang berkecil hati..ku memohon sejuta kemaafan dari kalian..Aku hanya manusia yang serba serbi kekurangan...tidak sempurna dan tidak mungkin sempurna..kerana kita tahu kesempurnaan bukan milik kita... Kesempurnaan Adalah Milik ALLAH Jua...
Semoga derita ini akan berakhir dengan kegembiraan suatu ketika nanti..InsyaALLAH ..Amin Ya Rabbal Alamin....
Kepada anak2 berubahlah..ibu akan sentiasa menyayangi kalian walau macam manapun buruk baik kalian, ibu akan terima...Semoga kalian berjaya dunia dan AKHIRAT..Amin...
Sesungguhnya hidup di dunia ini sebuah persinggahan yang sementara. Semoga kita sentiasa menambahkan keimanan kita hanya untukNYA......... Ruangan ini adalah sekadar luahan rasa seorang manusia biasa...yang semuanya serba-serbi kekurangan...Jika tersalah diri ini berbicara maafkanlah hamba....
Ads
Sabtu, 7 Julai 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon
Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini Sudut Nilam
-
Soalan-soalan peperiksaan teori Pendidikan Seni Visual... Sekadar berkongsi... Soalan Teori Tahun 1 http://www.slideshare.net/ma...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini sis menjalankan pengajaran pembelajaran di rumah (Pdpr) untuk 4 kelas matematik dan 2 k...
-
SKPR pernah jadi juara negeri Melaka dalam sukan ragbi ni tahun berapa aku tak ingat. Banyak kali jugaklah. Mula-mula aku tak minat permain...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan